Privasi Anda Adalah Keutamaan Kami
Misi LinkedIn adalah untuk menghubungkan para profesional dunia bagi menjadikan mereka lebih produktif dan cemerlang. Perkara utama dalam misi ini adalah komitmen kami untuk bersikap telus tentang data yang kami kumpulkan tentang anda, cara ia digunakan dan pihak yang berkongsi data tersebut.
Dasar Privasi ini perlu dipatuhi semasa anda menggunakan Perkhidmatan kami (diterangkan di bawah). Kami menawarkan pilihan kepada pengguna kami tentang data yang kami kumpulkan, guna dan kongsi seperti yang diterangkan dalam Dasar Privasi, Dasar Kuki, Tetapan dan Pusat Bantuan kami.
-
Pengenalan
Kami merupakan rangkaian sosial dan platform dalam talian untuk para profesional. Perkhidmatan kami digunakan untuk mencari dan ditemui bagi mendapatkan peluang perniagaan, untuk berhubung dengan pihak lain dan mencari maklumat. Dasar Privasi kami perlu dipatuhi oleh semua Ahli atau Pelawat yang menggunakan Perkhidmatan kami.Pengguna berdaftar kami (“Ahli”) berkongsi identiti profesional mereka, berinteraksi dengan rangkaian mereka, bertukar-tukar pengetahuan dan maklumat dalaman profesional, memaparkan dan melihat kandungan yang relevan, mempelajari dan membangunkan kemahiran serta mencari peluang perniagaan serta peluang kerjaya. Kandungan dan data pada sebahagian Perkhidmatan kami boleh dilihat oleh orang yang bukan Ahli (“Pelawat”).
Kami menggunakan istilah “Negara Yang Ditetapkan” untuk merujuk kepada negara di Kesatuan Eropah (EU), Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) dan Switzerland. Ahli dan Pelawat yang berada di Negara Ditetapkan atau UK boleh menyemak maklumat tambahan dalam Notis Privasi Serantau Eropah kami.
Perkhidmatan
Dasar Privasi ini, termasuk Dasar Kuki kami terpakai kepada anda yang menggunakan Perkhidmatan kami.Dasar Privasi ini terpakai kepada LinkedIn.com, aplikasi berjenama LinkedIn dan laman, aplikasi, komunikasi dan perkhidmatan berjenama LinkedIn yang lain yang ditawarkan oleh LinkedIn (“Perkhidmatan”), termasuk Perkhidmatan luar laman, seperti perkhidmatan iklan kami dan plugin “Mohon dengan LinkedIn” dan “Kongsi dengan LinkedIn”, tetapi tidak termasuk perkhidmatan yang dinyatakan ditawarkan menurut dasar privasi lain. Untuk penduduk California, pendedahan tambahan yang diperlukan oleh undang-undang California boleh didapati dalam Pendedahan Privasi California kami.
Pengawal Data dan Pihak Yang Memasuki Kontrak
Jika anda menetap di “Negara Yang Ditetapkan”, LinkedIn Ireland Unlimited Company (“LinkedIn Ireland”) akan menjadi pengawal data peribadi yang diberikan kepada, atau dikumpulkan oleh atau untuk, atau diproses berkenaan Perkhidmatan kami.
Jika anda menetap di luar Negara Yang Ditetapkan: LinkedIn Corporation akan menjadi pengawal (atau perniagaan yang bertanggungjawab untuk) data peribadi yang diberikan kepada, atau dikumpulkan oleh atau untuk, atau diproses berkenaan Perkhidmatan kami.
Sebagai Pelawat atau Ahli Perkhidmatan kami, pengumpulan, penggunaan dan perkongsian data peribadi anda adalah tertakluk pada Dasar Privasi ini dan dokumen-dokumen lain yang dirujuk dalam Dasar Privasi ini termasuk kemas kini.
Perubahan
Perubahan pada Dasar Privasi terpakai bagi penggunaan anda terhadap Perkhidmatan kami selepas “tarikh penguatkuasaan”.LinkedIn (“kami”) boleh mengubah suai Dasar Privasi ini dan jika kami membuat perubahan penting, kami akan memberikan notis melalui Perkhidmatan kami atau melalui cara lain agar anda diberi peluang untuk menyemak perubahan tersebut sebelum penguatkuasaan dibuat. Jika anda membantah mana-mana perubahan, anda boleh menutup akaun anda.
Anda mengakui bahawa penggunaan Perkhidmatan kami secara berterusan selepas kami menyiarkan atau menghantar notis tentang perubahan terhadap Dasar Privasi ini bermakna pengumpulan, penggunaan dan perkongsian data peribadi anda tertakluk pada Dasar Privasi yang telah dikemas kini, bermula tarikh ia berkuat kuasa.
-
1. Data yang Kami Kumpulkan
1.1 Data yang Diberikan Kepada Kami
Anda memberikan data untuk membuat akaun dengan kami.Pendaftaran
Untuk membuat akaun, anda perlu memberikan data termasuk nama, alamat e-mel dan/atau nombor telefon bimbit anda, alamat umum (spt. bandar) serta kata laluan anda. Jika anda mendaftar untuk Perkhidmatan premium, anda perlu memberikan maklumat pembayaran (cth., kad kredit) dan maklumat bil.
Anda membuat profil LinkedIn anda (profil lengkap membantu anda memanfaatkan Perkhidmatan kami dengan sepenuhnya).Profil
Anda mempunyai pilihan mengenai maklumat pada profil anda, seperti pendidikan, pengalaman kerja, kemahiran, foto, bandar atau kawasan, sokongan, dan pengesahan pilihan maklumat pada profil anda (seperti pengesahan identiti atau tempat kerja anda). Anda tidak perlu memberikan maklumat tambahan di profil anda. Walau bagaimanapun, maklumat profil membantu anda mendapatkan lebih banyak kelebihan daripada Perkhidmatan kami, termasuk membantu perekrut mencari anda dan memperoleh peluang perniagaan. Anda mempunyai pilihan sama ada untuk menyertakan maklumat sensitif atau tidak pada profil anda dan memaparkan maklumat sensitif tersebut secara awam. Jangan paparkan atau tambah data peribadi yang tidak mahu dipaparkan kepada umum pada profil anda.
Anda mungkin memberikan data lain kepada kami, seperti dengan menyelaraskan kalendar anda.Paparan dan Muat Naik
Kami mengumpulkan data peribadi daripada anda apabila anda memberikan, memaparkan atau memuat naik data berkenaan ke Perkhidmatan kami, seperti apabila anda mengisi borang (cth. data demografi atau gaji), menjawab soal selidik, menghantar resume atau mengisi permohonan pekerjaan pada Perkhidmatan kami.
Jika anda menyegerakkan kalendar anda dengan Perkhidmatan kami, kami akan mengumpulkan maklumat mesyuarat kalendar anda untuk mengembangkan rangkaian anda dengan mencadangkan kenalan untuk anda dan pihak lain serta memberikan maklumat tentang acara cth. masa, tempat, hadirin dan kenalan.
Anda tidak perlu memaparkan atau memuat naik data peribadi anda. Walau bagaimanapun, jika anda tidak berbuat demikian, ia mungkin mengehadkan keupayaan anda untuk meluaskan dan melibatkan diri dengan rangkaian anda melalui Perkhidmatan kami.
1.2 Data Daripada Pihak Lain
Orang lain mungkin membuat atau menulis paparan tentang anda.Kandungan dan Berita
Anda dan pihak lain mungkin memaparkan kandungan yang mengandungi maklumat tentang anda (sebagai sebahagian daripada artikel, paparan, komen, video) pada Perkhidmatan kami. Kami juga mungkin mengumpulkan maklumat awam tentang anda, seperti berita dan pencapaian yang bersifat profesional dan menyediakannya sebagai sebahagian daripada Perkhidmatan kami, termasuk, yang dibenarkan oleh tetapan anda, dalam notifikasi kepada pihak lain bagi sebutan dalam berita.
Pihak lain boleh menyegerakkan kalendar mereka dengan Perkhidmatan kamiMaklumat Kenalan dan Kalendar
Kami menerima data peribadi (termasuk maklumat kenalan) tentang anda apabila pihak lain mengimport atau menyegerakkan kalendar mereka dengan Perkhidmatan kami, mengaitkan kenalan mereka dengan profil Ahli, mengimbas dan memuat naik kad perniagaan atau menghantar mesej menggunakan Perkhidmatan kami (termasuk jemputan atau permintaan untuk berhubung). Jika anda atau pihak lain memilih untuk menyelaraskan akaun e-mel dengan Perkhidmatan kami, kami juga akan mengumpulkan maklumat “pengepala e-mel” yang boleh kami kaitkan dengan profil Ahli.
Pelanggan dan rakan niaga mungkin memberikan data kepada kami.Rakan Niaga
Kami menerima data peribadi (cth. nama jawatan dan alamat e-mel kerja) tentang anda apabila anda menggunakan perkhidmatan pelanggan dan rakan niaga kami, misalnya majikan atau bakal majikan dan sistem penjejakan pemohon memberi kami data permohonan pekerjaan.
Syarikat Berkaitan dan Perkhidmatan Lain
Kami menerima data tentang anda apabila anda menggunakan sesetengah perkhidmatan lain yang kami sediakan atau disediakan oleh Sekutu kami, termasuk Microsoft. Contohnya, anda boleh memilih untuk menghantar kepada kami maklumat tentang kenalan anda dalam aplikasi dan perkhidmatan Microsoft, seperti Outlook, untuk aktiviti rangkaian profesional yang lebih baik pada Perkhidmatan kami
1.3 Penggunaan Perkhidmatan
Kami mencatatkan lawatan anda dan penggunaan Perkhidmatan kami, termasuk aplikasi mudah alih.Kami mencatatkan data penggunaan apabila anda melayari atau menggunakan Perkhidmatan kami, termasuk laman, aplikasi dan teknologi platform kami, misalnya semasa anda melihat atau mengklik pada kandungan (cth. video pembelajaran) atau iklan (di dalam atau di luar laman dan aplikasi kami), membuat carian, memasang atau mengemas kini salah satu aplikasi mudah alih kami, berkongsi artikel atau memohon pekerjaan. Kami menggunakan maklumat daftar masuk, kuki, maklumat peranti dan alamat protokol Internet (“IP”) untuk mengenal pasti identiti anda dan mencatatkan penggunaan anda.
1.4 Kuki dan Teknologi yang Serupa
Kami mengumpulkan data melalui kuki dan teknologi yang serupa.Seperti yang diterangkan dalam Dasar Kuki kami, kami menggunakan kuki dan teknologi yang serupa (cth. piksel dan tag iklan) untuk mengumpulkan data (cth. ID peranti) untuk mengenal pasti anda dan peranti anda di dalam, di luar dan merentasi pelbagai perkhidmatan dan peranti berbeza yang anda gunakan dengan Perkhidmatan kami. Kami juga membenarkan penggunaan kuki lain seperti yang diterangkan dalam Dasar Kuki kami. Jika anda di luar Negara Yang Ditetapkan, kami juga mengumpulkan (atau bergantung pada pihak lain yang membuat pengumpulan) maklumat tentang peranti anda yang tidak digunakan dengan Perkhidmatan kami (cth. ID iklan, alamat IP, sistem pengendalian dan maklumat pelayar) supaya kami dapat menyediakan iklan yang relevan kepada Ahli kami dan lebih memahami keberkesanannya. Ketahui lebih lanjut. Anda boleh memilih keluar daripada penggunaan data kami daripada kuki dan teknologi serupa yang menjejak corak penggunaan anda di laman pihak lain untuk penyasaran iklan dan tujuan pengiklanan lain. Untuk Pelawat, kawalan terdapat di sini .
1.5 Peranti dan Lokasi Anda
Kami menerima data melalui kuki dan teknologi yang serupaApabila anda melayari atau meninggalkan Perkhidmatan kami (termasuk sesetengah plugin dan kuki kami atau teknologi yang serupa di laman pihak lain), kami menerima URL bagi kedua-dua laman asal dan laman destinasi anda serta waktu lawatan anda. Kami juga menerima maklumat tentang rangkaian dan peranti anda (cth. alamat IP, pelayan proksi, sistem pengendalian, pelayar web dan tambahan, pengecam dan ciri peranti, ID kuki dan/atau ISP atau syarikat telekomunikasi mudah alih anda). Jika anda menggunakan Perkhidmatan kami melalui peranti mudah alih, peranti tersebut akan menghantar lokasi anda kepada kami berdasarkan tetapan telefon anda. Kami akan meminta anda memilih masuk sebelum kami menggunakan GPS atau alatan lain untuk mengenal pasti lokasi sebenar anda.
1.6 Komunikasi
Jika anda berkomunikasi melalui Perkhidmatan kami, kami akan dimaklumkan.Kami mengumpulkan maklumat tentang anda apabila anda berkomunikasi dengan orang lain melalui Perkhidmatan kami (contohnya, apabila anda menghantar, menerima, atau berinteraksi dengan mesej, acara, atau permintaan sambungan, termasuk komunikasi pemasaran kami). Ini mungkin termasuk maklumat yang menunjukkan dengan siapa anda berkomunikasi dan waktunya. Kami juga menggunakan sistem automatik untuk menyokong dan melindungi laman kami. Sebagai contoh, kami menggunakan sistem tersebut untuk mencadangkan respons kepada mesej yang mungkin sesuai dan menguruskan atau menyekat kandungan yang melanggar Perjanjian Pengguna atau Dasar Komuniti Profesional kami.
1.7 Maklumat dari Tempat Kerja dan Pusat Pengajian
Apabila organisasi (cth. majikan atau pusat pengajian) anda membeli Perkhidmatan premium untuk kegunaan anda, mereka memberikan data tentang anda kepada kami.Pihak lain yang membeli Perkhidmatan kami untuk kegunaan anda, seperti majikan atau pusat pengajian anda akan memberikan data tentang anda dan kelayakan anda untuk menggunakan Perkhidmatan yang dibeli untuk kegunaan pekerja, pelajar atau alumni mereka. Contohnya, kami akan mendapat maklumat kenalan berkenaan pentadbir “Laman LinkedIn” (dahulunya Laman Syarikat) dan pengguna yang dibenarkan untuk menggunakan Perkhidmatan premium kami seperti produk-produk perekrutan, jualan atau pembelajaran kami.
1.8 Laman dan Perkhidmatan Pihak Lain
Kami mendapat data apabila anda melayari laman yang mempunyai iklan, kuki atau plugin kami atau apabila anda mendaftar masuk ke perkhidmatan pihak lain dengan akaun LinkedIn anda.Kami menerima maklumat tentang lawatan dan interaksi anda dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak lain apabila anda mendaftar masuk dengan LinkedIn atau melayari perkhidmatan pihak lain yang mempunyai sesetengah plugin kami (seperti “Mohon dengan LinkedIn”) atau iklan, kuki atau teknologi yang serupa milik kami.
1.9 Lain-lain
Kami sedang menambah baik Perkhidmatan kami. Ini bermakna kami mendapat data baharu dan mencipta cara baharu untuk menggunakan data tersebut.Perkhidmatan kami bersifat dinamik dan kami selalu memperkenalkan ciri-ciri baharu yang mungkin memerlukan pengumpulan maklumat baharu. Jika kami mengumpulkan data peribadi lain atau membuat perubahan penting terhadap cara kami mengumpulkan, menggunakan atau berkongsi data anda, kami akan memaklumkan anda dan kami juga mungkin mengubah suai Dasar Privasi ini.
-
2. Cara Kami Menggunakan Data Anda
Kami menggunakan data anda untuk menyediakan, menyokong, memperibadikan dan membangunkan Perkhidmatan kami.Cara kami menggunakan data peribadi anda akan bergantung pada jenis Perkhidmatan yang anda gunakan, cara anda menggunakan Perkhidmatan tersebut dan pilihan yang dibuat dalam tetapan anda. Kami mungkin menggunakan data peribadi anda untuk menambah baik, membangun dan menyediakan produk dan Perkhidmatan, membangunkan dan melatih model kecerdasan buatan (AI), membangunkan, menyediakan dan memperibadikan Perkhidmatan kami, dan mendapatkan maklumat dengan bantuan AI, sistem automatik, dan inferens, supaya Perkhidmatan kami lebih relevan dan berguna kepada anda dan orang lain. Anda boleh menyemak prinsip AI Bertanggungjawab LinkedIn di sini dan mengetahui lebih lanjut mengenai pendekatan kami terhadap AI generatif di sini. Ketahui lebih lanjut tentang inferens yang mungkin kami buat, termasuk mengenai umur dan jantina anda serta bagaimana kami menggunakannya.
2.1 Perkhidmatan
Perkhidmatan kami membantu anda berhubung dengan pihak lain, mencari dan ditemui untuk mendapatkan peluang kerjaya dan perniagaan, mengikuti perkembangan terkini, mendapatkan latihan dan menjadi lebih produktif.Kami menggunakan data anda untuk membenarkan akses kepada Perkhidmatan kami dan mengikuti tetapan anda.
Kekal Berhubung
Perkhidmatan kami membenarkan anda kekal berhubung dan mengikuti perkembangan rakan sekerja, rakan niaga, pelanggan dan kenalan profesional lain. Untuk berbuat demikian, anda boleh “berhubung” dengan para profesional yang anda pilih dan mereka yang juga ingin “berhubung” dengan anda. Tertakluk pada tetapan anda dan mereka, apabila anda berhubung dengan Ahli lain, anda akan dapat mencari kenalan satu sama lain untuk bertukar-tukar peluang profesional.
Kami menggunakan data berkenaan anda (seperti profil anda, profil yang telah anda layari atau data yang diberikan melalui muat naik buku alamat atau integrasi rakan niaga) untuk membantu orang lain mencari profil anda, mencadangkan kenalan untuk anda dan orang lain (cth. Ahli yang berkongsi kenalan atau pengalaman pekerjaan anda) dan membolehkan anda menjemput orang lain menjadi Ahli dan berhubung dengan anda. Anda juga boleh memilih masuk untuk membenarkan kami menggunakan lokasi sebenar atau lokasi berhampiran anda dengan orang lain bagi tugas tertentu (cth. bagi mencadangkan Ahli berhampiran lain untuk anda berhubung, mengira masa perjalanan ke tempat kerja baharu atau memaklumi kenalan anda bahawa anda sedang menghadiri acara profesional).
Anda boleh memilih untuk menjemput orang lain menggunakan Perkhidmatan kami, menghantar permintaan untuk berhubung atau membenarkan Ahli lain menjadi kenalan anda. Apabila anda menjemput seseorang untuk berhubung dengan anda, jemputan anda akan menyertakan maklumat rangkaian dan profil asas anda (cth. nama, gambar profil, nama jawatan, kawasan). Kami akan menghantar peringatan jemputan kepada mereka yang dijemput. Anda boleh memilih untuk berkongsi senarai kenalan anda dengan kenalan anda atau tidak.
Pelawat boleh membuat pilihan tentang cara kami menggunakan data mereka.
Kekal Termaklum
Perkhidmatan kami membenarkan anda mengikuti perkembangan terkini tentang berita, acara atau idea berkenaan dengan topik profesional mengikut keprihatinan anda dan para profesional yang anda hormati. Perkhidmatan kami juga membenarkan anda meningkatkan kemahiran profesional anda atau mempelajari kemahiran baharu. Kami menggunakan data yang kami miliki tentang anda (cth. data yang anda berikan, data yang kami kumpulkan daripada penglibatan anda dengan Perkhidmatan kami dan inferens yang dibuat daripada data yang kami miliki tentang anda), untuk memperibadikan Perkhidmatan kami untuk anda, seperti dengan mengesyorkan atau menarafkan kandungan dan perbualan yang relevan pada Perkhidmatan kami. Kami juga menggunakan data yang kami miliki tentang anda untuk mencadangkan kemahiran yang boleh ditambah pada profil anda dan kemahiran yang mungkin diperlukan untuk mengejar peluang anda seterusnya. Oleh itu, jika anda memaklumkan kepada kami bahawa anda berminat dengan kemahiran baharu (cth. melalui tontonan video pembelajaran), kami akan menggunakan maklumat ini untuk memperibadikan kandungan dalam suapan anda, mencadangkan anda untuk mengikuti Ahli tertentu di laman kami atau mencadangkan kandungan pembelajaran yang berkaitan untuk membantu anda menguasai kemahiran baharu. Kami menggunakan kandungan, aktiviti dan data lain anda, termasuk nama dan foto anda untuk memberikan notis kepada rangkaian anda dan orang lain. Contohnya, tertakluk pada tetapan anda, kami mungkin memaklumi orang lain bahawa anda telah mengemas kini profil anda, memaparkan kandungan, mengambil tindakan sosial, menggunakan sesuatu ciri, mempunyai kenalan baharu atau disebut dalam berita.
Kerjaya
Perkhidmatan kami membolehkan anda menerokai kerjaya, menilai peluang pendidikan dan mencari dan ditemui untuk mendapatkan peluang kerjaya. Profil anda boleh ditemui oleh perekrut (untuk sesuatu pekerjaan atau tugas khusus) atau bakal pekerja anda. Kami akan menggunakan data anda untuk mencadangkan pekerjaan dan menunjukkan kenalan profesional relevan kepada anda dan yang lain (cth. mereka yang bekerja di sesebuah syarikat, dalam sesebuah industri, bidang tugas atau lokasi atau mempunyai kemahiran dan kenalan tertentu). Anda boleh memberikan isyarat bahawa anda berminat untuk menukar pekerjaan dan berkongsi maklumat dengan perekrut. Kami akan menggunakan data anda untuk mencadangkan pekerjaan kepada anda dan mencadangkan anda kepada perekrut. Kami mungkin menggunakan sistem automatik untuk menyediakan kandungan dan pengesyoran untuk membantu menjadikan Perkhidmatan kami lebih relevan kepada Ahli, Pelawat dan pelanggan kami. Profil yang tepat dan terkini boleh membantu anda berhubung dengan orang lain dan mendapatkan peluang melalui Perkhidmatan kami dengan lebih berkesan.
Produktiviti
Perkhidmatan kami membenarkan anda bekerjasama dengan rakan sekerja, mencari klien, pelanggan, rakan niaga dan pihak lain yang berpotensi untuk menjalankan perniagaan dengan anda. Perkhidmatan kami membenarkan anda berkomunikasi dengan Ahli lain dan menjadualkan serta mengadakan mesyuarat dengan mereka. Jika dibenarkan dalam tetapan anda, kami akan mengimbas mesej untuk memberikan “bot” atau alatan serupa yang mempercepat tugas seperti menjadualkan mesyuarat, mendrafkan respons, meringkaskan mesej atau mencadangkan langkah seterusnya. Ketahui lebih lanjut.
2.2 Perkhidmatan Premium
Perkhidmatan premium kami membantu pengguna berbayar untuk mencari dan menghubungi Ahli menerusi Perkhidmatan kami, seperti mencari dan menghubungi calon pekerja, prospek jualan dan rakan sekerja, mengurus bakat serta mempromosikan kandungan.Kami menjual Perkhidmatan premium yang menyediakan fungsi carian dan alatan yang disuai khas kepada pelanggan kami (termasuk khidmat pemesejan dan peringatan aktiviti) sebagai sebahagian daripada penyelesaian bakat, pemasaran dan jualan kami. Pelanggan boleh mengeksport maklumat terhad daripada profil anda, seperti nama, tajuk utama, syarikat semasa, jawatan semasa dan lokasi umum (cth. Dublin), seperti untuk menguruskan prospek jualan atau bakat melainkan anda pilih keluar. Kami tidak memberikan maklumat kenalan kepada pelanggan sebagai sebahagian daripada Perkhidmatan premium ini tanpa persetujuan anda. Pelanggan perkhidmatan Premium boleh menyimpan maklumat tentang anda dalam Perkhidmatan premium kami seperti resume, maklumat kenalan atau sejarah jualan. Data anda yang disimpan oleh pelanggan ini tertakluk pada dasar pelanggan berkenaan. Perkhidmatan dan ciri-ciri perusahaan lain yang menggunakan data anda termasuk TeamLink dan LinkedIn Pages (contohnya, analitik kandungan dan pengikut).
2.3 Komunikasi
Kami menghubungi anda dan membolehkan komunikasi antara Ahli. Kami menawarkan tetapan untuk anda mengawal mesej yang diterima dan kekerapan anda menerima mesej tertentu.Kami akan menghubungi anda menerusi e-mel, nombor telefon, notis yang dipaparkan di laman web atau aplikasi kami, mesej yang dihantar ke peti masuk LinkedIn anda dan cara lain menerusi Perkhidmatan kami, termasuk mesej teks dan notifikasi tolak. Kami akan menghantar mesej kepada anda berkenaan ketersediaan Perkhidmatan, keselamatan atau isu lain yang berkaitan dengan perkhidmatan kami. Kami juga menghantar mesej tentang cara penggunaan Perkhidmatan kami, kemas kini rangkaian, peringatan, pengesyoran kerja dan mesej promosi daripada kami dan rakan niaga kami. Anda boleh mengubah pilihan komunikasi anda pada bila-bila masa. Harap maklum bahawa anda tidak boleh memilih keluar daripada penerimaan mesej perkhidmatan daripada kami, termasuk notis keselamatan dan perundangan.
Kami juga mendayakan komunikasi antara anda dengan orang lain melalui Perkhidmatan kami, termasuk contohnya jemputan, InMail, kumpulan dan mesej antara kenalan.
2.4 Pengiklanan
Kami menawarkan iklan yang disuai khas kepada anda di dalam dan di luar Perkhidmatan kami. Kami menawarkan pilihan berkenaan iklan yang diperibadikan untuk anda tetapi anda tidak boleh memilih keluar daripada melihat iklan tidak diperibadikan.Kami menyasarkan (dan mengukur prestasi) iklan kepada Ahli, Pelawat dan orang lain di dalam dan di luar Perkhidmatan kami secara langsung atau melalui pelbagai rakan kongsi menggunakan data berikut, sama ada secara berasingan atau digabungkan:
- Data yang dikumpul oleh teknologi pengiklanan di dalam dan di luar Perkhidmatan kami menggunakan piksel, tag iklan (contohnya, apabila pengiklan memasang tag LinkedIn di laman web mereka), kuki, dan pengecam peranti lain;
- Maklumat yang diberikan oleh ahli (cth. profil, maklumat kenalan, jawatan dan industri);
- Data daripada penggunaan anda terhadap Perkhidmatan kami (contohnya, sejarah carian, suapan, kandungan yang anda baca, orang yang anda ikuti atau orang yang mengikuti anda, kenalan, penyertaan dalam kumpulan lawatan laman, video yang anda tonton, klik pada iklan dan sebagainya), termasuk yang diterangkan dalam Bahagian 1.3;
- Maklumat daripada rakan pengiklanan, vendor dan penerbit; dan
- Maklumat yang disimpulkan daripada data yang diterangkan di atas (cth. menggunakan nama jawatan daripada profil untuk membuat inferens industri, tahap kekananan dan lingkungan pampasan; menggunakan tarikh pengijazahan untuk membuat inferens umur atau menggunakan nama pertama atau penggunaan kata ganti nama untuk membuat inferens jantina, menggunakan aktiviti suapan anda untuk membuat inferens minat anda atau menggunakan data peranti untuk mengenal pasti anda sebagai Ahli). Ketahui lebih lanjut tentang inferens yang kami buat dan cara inferens tersebut mungkin digunakan untuk pengiklanan.
Ketahui lebih lanjut tentang teknologi iklan yang kami gunakan serta perkhidmatan dan rakan niaga iklan kami. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang pematuhan kami terhadap undang-undang di Negara Yang Ditetapkan atau UK dalam Notis Privasi Wilayah Eropah kami.
Kami akan menunjukkan kepada anda iklan yang dikenali sebagai kandungan tajaan yang kelihatan serupa dengan kandungan bukan tajaan tetapi iklan berkenaan dilabelkan sebagai pengiklanan (cth. “iklan” atau “tajaan”). Jika anda mengambil tindakan sosial (seperti, suka, beri komen atau kongsi) terhadap iklan, tindakan anda akan dikaitkan dengan nama anda dan boleh dilihat oleh orang lain, termasuk pengiklan. Tertakluk pada tetapan anda, jika anda mengambil tindakan sosial pada Perkhidmatan LinkedIn, tindakan tersebut mungkin dinyatakan dengan iklan yang berkaitan. Contohnya, apabila anda menyukai sesebuah syarikat, kami mungkin menyertakan nama dan foto anda apabila kandungan tajaan mereka dipaparkan.
Pilihan Iklan
Anda mempunyai pilihan berkenaan penggunaan kami bagi kategori data tertentu untuk memaparkan kepada anda iklan yang lebih berkaitan. Tetapan ahli boleh didapati di sini. Untuk Pelawat, tetapannya adalah di sini.
Maklumat kepada Pembekal Iklan
Kami tidak berkongsi data peribadi anda dengan mana-mana pengiklan pihak ketiga atau rangkaian iklan kecuali untuk: (i) ID hash atau pengecam peranti (setakat maklumat berkenaan merupakan data peribadi di sesetengah negara); (ii) dengan kebenaran berasingan daripada anda (cth. dalam borang penjanaan prospek) atau (iii) data yang sudah dipaparkan kepada mana-mana pengguna Perkhidmatan (cth. profil). Walau bagaimanapun, jika anda melihat atau mengklik di dalam atau di luar Perkhidmatan kami, pembekal iklan akan menerima isyarat bahawa seseorang telah melawat laman yang memaparkan iklan berkenaan dan mereka mungkin mengenal pasti identiti anda melalui penggunaan mekanisme seperti kuki. Rakan pengiklanan boleh mengaitkan data peribadi yang dikumpulkan oleh pengiklan secara terus daripada anda dengan ID hash atau pengecam peranti yang diterima daripada kami. Kami berusaha untuk mensyaratkan secara kontraktual agar rakan niaga pengiklanan tersebut memperoleh kebenaran jelas anda sebelum berbuat demikian jika dikehendaki secara undang-undang, dan dalam keadaan tersebut, kami mengambil langkah untuk memastikan bahawa kebenaran telah diberikan sebelum memproses data daripada mereka.
2.5 Pemasaran
Kami mempromosikan Perkhidmatan kami kepada anda dan orang lain.Selain mengiklankan Perkhidmatan kami, kami menggunakan data dan kandungan Ahli untuk jemputan dan komunikasi yang mempromosikan pertambahan keahlian dan rangkaian, penglibatan dan Perkhidmatan kami, seperti dengan menunjukkan kepada kenalan bahawa anda telah menggunakan sesuatu ciri pada Perkhidmatan kami.
2.6 Membangunkan Perkhidmatan dan Kajian
Kami membangunkan Perkhidmatan kami dan menjalankan kajianPembangunan Perkhidmatan
Kami menggunakan data, termasuk maklum balas orang awam untuk menjalankan kajian dan pembangunan bagi Perkhidmatan kami agar dapat memberikan anda dan orang lain pengalaman yang lebih baik, intuitif dan diperibadikan, memacu pertumbuhan keahlian dan penglibatan dalam Perkhidmatan kami, membantu menghubungkan para profesional serta merancakkan peluang ekonomi.
Kajian Lain
Kami berusaha untuk mencipta peluang ekonomi kepada Ahli tenaga kerja global dan membantu mereka menjadi lebih produktif dan berjaya. Kami menggunakan data peribadi yang tersedia untuk mengkaji trend sosial, ekonomi dan tempat kerja seperti ketersediaan pekerjaan dan kemahiran yang diperlukan untuk pekerjaan berkenaan serta dasar yang membantu merapatkan jurang dalam pelbagai industri dan kawasan geografi. Dalam kes tertentu, kami bekerjasama dengan pihak ketiga yang boleh dipercayai untuk menjalankan kajian ini di bawah kawalan yang direka bentuk untuk melindungi privasi anda. Kami juga mungkin menyediakan data awam kepada penyelidik untuk membolehkan penilaian keselamatan dan pematuhan undang-undang Perkhidmatan kami. Kami menyiarkan atau membenarkan pihak lain menyiarkan maklumat dalaman ekonomi yang ditunjukkan dalam bentuk data terkumpul dan bukannya data peribadi.
Kaji Selidik
Kami dan pihak lain menjalankan undian dan kaji selidik menerusi Perkhidmatan kami. Anda tidak diwajibkan untuk mengambil bahagian dalam undian atau kaji selidik dan anda mempunyai pilihan berkenaan maklumat yang anda berikan. Anda boleh memilih keluar daripada jemputan kaji selidik.
2.7 Bantuan Pelanggan
Kami menggunakan data untuk membantu anda dan menyelesaikan masalah.Kami menggunakan data (yang mungkin termasuk komunikasi anda) untuk menyiasat, memberikan respons dan menyelesaikan aduan dan untuk isu-isu Perkhidmatan (cth. pepijat).
2.8 Maklumat Dalaman Yang Tidak Mengenal Pasti Identiti Anda
Kami menggunakan data untuk menjana maklumat dalaman yang tidak mengenal pasti identiti anda.Kami menggunakan data anda untuk melakukan analitis untuk menghasilkan dan berkongsi cerapan yang tidak mengenal pasti anda. Sebagai contoh, kami mungkin menggunakan data anda untuk menghasilkan statistik mengenai Ahli kami, profesion atau industri mereka, untuk mengira tayangan iklan yang disiarkan atau diklik (contohnya, untuk laporan perniagaan asas bagi menyokong pengurusan bil dan bajet atau, tertakluk kepada tetapan anda untuk laporan kepada pengiklan yang mungkin menggunakannya untuk memaklumkan kempen iklan mereka)., untuk menunjukkan maklumat Ahli tentang penglibatan dengan siaran atau Halaman LinkedIn, untuk menerbitkan demografi pelawat untuk Perkhidmatan atau mencipta cerapan tenaga kerja demografi, atau untuk memahami penggunaan perkhidmatan kami.
2.9 Keselamatan dan Siasatan
Kami menggunakan data untuk tujuan keselamatan, pencegahan penipuan dan siasatan.Kami dan Sekutu kami termasuk Microsoft mungkin menggunakan data anda (termasuk komunikasi anda) untuk tujuan keselamatan atau untuk mencegah atau menyiasat kemungkinan penipuan atau pelanggaran undang-undang yang lain terhadap Perjanjian Pengguna kami dan/atau cubaan untuk membahayakan Ahli, Pelawat, Sekutu syarikat kami atau orang lain.
-
4. Pilihan & Tanggungjawab Anda
4.1 Penyimpanan Data
Kami akan menyimpan data peribadi anda selagi akaun anda aktif.Secara umumnya, kami menyimpan data peribadi anda selagi akaun anda dibuka atau diperlukan untuk menyediakan Perkhidmatan kepada anda. Data ini termasuklah data yang anda berikan atau diberikan oleh orang lain kepada kami dan data yang dijana atau disimpulkan daripada penggunaan anda dalam Perkhidmatan kami. Walaupun anda hanya menggunakan Perkhidmatan kami untuk mencari pekerjaan baharu dalam tempoh selang beberapa tahun, kami akan menyimpan maklumat anda dan memastikan profil anda aktif, melainkan anda menutup akaun anda. Dalam sesetengah kes, kami memilih untuk menyimpan maklumat tertentu (cth., maklumat dalaman tentang penggunaan Perkhidmatan) dalam bentuk tanpa nama atau terkumpul.
4.2 Hak untuk Mengakses dan Mengawal Data Peribadi Anda
Anda boleh mengakses atau memadamkan data peribadi anda. Anda mempunyai banyak pilihan tentang cara data anda dikumpulkan, digunakan dan dikongsi.Kami menawarkan pelbagai pilihan tentang pengumpulan, penggunaan dan perkongsian data anda, termasuklah pemadaman atau pembetulan data yang anda sertakan dalam profil anda dan pengawalan tahap ketampakan paparan anda serta kawalan pilih keluar pengiklanan dan komunikasi . Kami memberi anda tetapan untuk mengawal dan mengurus data peribadi anda yang kami miliki.
Bagi data peribadi anda yang kami miliki, anda boleh:
- Memadamkan Data: Anda boleh meminta kami memadamkan semua atau sebahagian daripada data peribadi anda (cth. jika kami tidak lagi perlu untuk menyediakan Perkhidmatan kepada anda).
- Menukar atau Membetulkan Data: Anda boleh mengedit sesetengah data peribadi anda melalui akaun anda. Anda juga boleh meminta kami menukar, mengemas kini atau membetulkan data anda dalam keadaan tertentu, khususnya jika data berkenaan tidak tepat.
- Membantah, Mengehadkan atau Menyekat Penggunaan Data: Anda boleh meminta kami berhenti menggunakan semua atau sebahagian data peribadi anda (cth. jika kami tiada hak yang sah untuk meneruskan penggunaan data anda) atau mengehadkan kami menggunakan data tersebut (cth. jika data peribadi anda tidak tepat atau disimpan secara haram).
- Hak untuk Mengakses dan/atau Mengambil Data Anda: Anda boleh meminta salinan data peribadi anda daripada kami dan meminta salinan data peribadi yang anda berikan dalam bentuk yang boleh dibaca oleh mesin.
Pelawat boleh mengetahui lebih lanjut tentang cara untuk membuat permintaan ini di sini. Anda juga boleh menghubungi kami menggunakan maklumat hubungan di bawah dan kami akan mempertimbangkan permintaan anda menurut undang-undang yang berkenaan.
Penduduk di Negara Yang Ditetapkan dan UK dan kawasan lain mungkin mempunyai hak tambahan menurut undang-undang mereka.
4.3 Penutupan Akaun
Kami menyimpan sesetengah data anda walaupun anda telah menutup akaun anda.Jika anda memilih untuk menutup akaun LinkedIn anda, data peribadi anda biasanya akan berhenti dipaparkan kepada orang lain pada Perkhidmatan kami dalam tempoh 24 jam. Kami biasanya memadamkan maklumat akaun yang ditutup dalam tempoh 30 hari daripada tarikh penutupan akaun, kecuali yang dinyatakan di bawah.
Kami menyimpan data peribadi anda walaupun setelah anda menutup akaun jika penyimpanan berkenaan diperlukan untuk mematuhi tanggungjawab perundangan kami (termasuk permintaan penguatkuasaan undang-undang), memenuhi kehendak kawal selia, menyelesaikan pertikaian, mengekalkan keselamatan, mencegah penipuan dan penyalahgunaan (cth. jika kami telah menyekat akaun anda atas sebab pelanggaran Dasar Komuniti), menguatkuasakan Perjanjian Pengguna kami atau memenuhi permintaan anda untuk “menghentikan langganan” mesej selanjutnya daripada kami. Kami akan menyimpan maklumat tanpa identiti setelah akaun anda ditutup.
Maklumat yang anda kongsi dengan orang lain (cth. menerusi InMail, kemas kini atau siaran kumpulan) masih akan dipaparkan setelah anda menutup akaun anda atau memadamkan maklumat daripada profil atau peti mel anda dan kami tidak mengawal data yang disalin oleh Ahli lain menerusi Perkhidmatan kami. Kandungan dan penilaian kumpulan atau kandungan ulasan yang berkaitan dengan akaun yang telah ditutup akan menunjukkan pengguna yang tidak diketahui sebagai sumber. Profil anda mungkin terus dipaparkan dalam perkhidmatan pihak lain (cth. alat carian) sehingga mereka menyegarkan semula cache mereka.
-
5. Maklumat Penting Lain
5.1. Keselamatan
Kami memantau dan cuba mengelakkan pelanggaran keselamatan. Sila gunakan ciri keselamatan yang tersedia menerusi Perkhidmatan kami.Kami melaksanakan perlindungan keselamatan yang direka bentuk untuk melindungi data anda, seperti HTTPS. Kami memantau sistem kami terhadap sebarang kelemahan dan serangan secara berkala. Walau bagaimanapun, kami tidak dapat menjamin keselamatan bagi sebarang maklumat yang anda hantar kepada kami. Kami tidak dapat menjamin bahawa data berkenaan tidak boleh diakses, didedahkan, diubah atau dimusnahkan dengan pelanggaran mana-mana perlindungan fizikal, teknikal atau pengurusan kami. Sila lawati Pusat Keselamatan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara menggunakan Perkhidmatan kami secara selamat, termasuk pengesahan dua faktor.
5.2. Pemindahan Data Merentasi Sempadan
Kami menyimpan dan menggunakan data anda di luar negara anda.Kami memproses data di dalam dan di luar Amerika Syarikat dan bergantung pada mekanisme yang sah untuk memindahkan data merentasi sempadan dengan cara yang mematuhi undang-undang. Ketahui lebih lanjut. Negara yang kami menjalankan pemprosesan data mungkin mempunyai undang-undang yang berlainan dan mungkin tidak memberikan perlindungan yang sama seperti undang-undang negara anda.
5.3 Hak-hak Yang Sah untuk Pemprosesan
Kami mempunyai hak yang sah untuk mengumpul, menggunakan dan berkongsi data tentang anda. Anda mempunyai pilihan tentang cara kami menggunakan data anda. Pada bila-bila masa, anda boleh menarik balik keizinan yang anda berikan dengan pergi ke tetapan.Kami hanya akan mengumpul dan memproses data peribadi tentang anda apabila kami mempunyai hak yang sah. Hak yang sah termasuk kebenaran (jika anda telah memberikan kebenaran), kontrak (apabila pemprosesan data diperlukan untuk menjalankan kontrak dengan anda (cth. untuk menyampaikan Perkhidmatan LinkedIn yang anda minta) dan “kepentingan sah”. Ketahui lebih lanjut.
Jika kami bergantung pada kebenaran anda untuk memproses data peribadi, anda berhak untuk menarik balik atau menolak kebenaran anda pada bila-bila masa dan jika kami bergantung pada kepentingan sah, anda berhak untuk membuat bantahan. Ketahui Lebih Lanjut. Jika anda mempunyai soalan berkenaan hak kami yang sah untuk mengumpulkan dan menggunakan data peribadi anda, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data kami di sini.
Jika anda berada di salah satu Negara Ditetapkan atau UK, anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang pangkalan sah kami untuk pemprosesan dalam Notis Privasi Serantau Eropah kami.
5.4 Pemasaran Langsung dan Isyarat ‘Do Not Track‘
Pernyataan kami berkenaan pemasaran langsung dan isyarat “do not track”.Kami tidak berkongsi data peribadi dengan pihak ketiga buat masa ini untuk tujuan pemasaran langsung mereka tanpa persetujuan anda. Ketahui lebih lanjut tentang perkara ini dan respons kami terhadap isyarat “do not track”.
5.5. Maklumat Hubungan
Anda boleh menghubungi kami atau menggunakan opsyen lain untuk menyelesaikan sebarang aduan.Jika anda mempunyai soalan atau aduan berkenaan Dasar ini, sila hubungi LinkedIn dalam talian terlebih dahulu. Anda juga boleh menghubungi kami dengan mengirimkan surat. Jika selepas anda menghubungi kami dan aduan anda masih tidak diselesaikan, anda mempunyai lebih banyak pilihan. Penduduk di Negara Yang Ditetapkan dan kawasan lain juga berhak untuk menghubungi Pegawai Perlindungan Data kami di sini atau di DPO@linkedin.com. Jika ini tidak menyelesaikan aduan anda, Penduduk di Negara Yang Ditetapkan dan kawasan lain mungkin mempunyai lebih banyak pilihan di bawah undang-undang mereka.