Gunakan VoiceOver untuk membaca teks pada Mac
VoiceOver menyediakan banyak cara untuk membaca teks.
Nota: VO mewakili pengubah suai VoiceOver yang anda boleh tekan dengan kekunci tambahan untuk memasukkan perintah VoiceOver. Secara lalai, anda boleh menekan Control dan Option serentak atau hanya menekan Caps Lock.
Untuk membaca | Lakukan ini |
---|---|
Dari atas (“Baca Semua”) | Tekan VO-A, atau kuis dengan dua jari. Anda tidak perlu untuk berinteraksi dengan dokumen itu. |
Dari kursor VoiceOver ke bawah | Tekan VO-A, atau kuis ke bawah dengan dua jari. Anda perlu berinteraksi dengan dokumen tersebut. |
Satu Perenggan | Tekan VO-P. Untuk beralih ke perenggan seterusnya atau sebelumnya, tekan VO-Shift-Halaman Bawah atau VO-Shift-Halaman Atas. |
Satu baris | Tekan VO-L. Untuk beralih ke baris seterusnya atau sebelumnya, tekan VO-Anak Panah Bawah atau VO-Anak Panah Atas. |
Satu ayat | Tekan VO-S. Untuk beralih ke ayat seterusnya atau sebelumnya, tekan VO-Command-Halaman Bawah atau VO-Command-Halaman Atas. |
Satu perkataan | Tekan VO-W. Untuk mendengar perkataan yang dieja, tekan VO-W sekali lagi. Untuk mendengar ia dieja secara fonetik, tekan VO-W lagi. Untuk beralih ke perkataan seterusnya atau sebelumnya, tekan VO-Anak Panah Kanan atau VO-Anak Panah Kiri. |
Satu aksara | Tekan VO-C. Untuk mendengar aksara disebut secara fonetik (seperti “a alpha”), tekan VO-C lagi. Untuk beralih ke aksara seterusnya atau sebelumnya, tekan Anak Panah Kanan atau Anak Panah Kiri. Nota: Jika anda memilih pilihan untuk menambah sebutan fonetik ke aksara tunggal dalam Utiliti VoiceOver, anda tidak perlu menekan VO-C semula untuk mendengar sebutan fonetik. |
Apabila anda menggunakan kekunci Anak Panah Bawah untuk bergerak dari satu baris teks ke seterusnya, VoiceOver bercakap baris di mana titik sisipan terletak. Jika anda menekan kekunci Anak Panah Bawah pada baris pertama dokumen, VoiceOver tidak akan membaca baris itu kerana titik sisipan telah beralih ke baris seterusnya. Untuk mendengar baris pertama teks dalam dokumen, tekan VO-Anak Panah Bawah.
Arahan orientasi VO-Fn-F4-F4 dan VO-Fn-F5-F5-F5 mungkin berguna dalam menentukan lokasi titik sisipan dalam dokumen.
Anda boleh menetapkan perintah untuk maju pantas dan putar balik teks apabila anda menggunakan Baca Semua. Lihat Sesuaikan perintah kekunci dan gerak isyarat trackpad untuk VoiceOver.
Buka Utiliti VoiceOver untuk saya
Jika anda mengaktifkan pilihan untuk mengawal VoiceOver dengan gerak isyarat trackpad, anda boleh menggunakan rotor gerak isyarat VoiceOver untuk membaca perenggan, baris, ayat, atau perkataan.
Muat turun panduan ini dalam Format Sedia Braille: BRF (Bahasa Inggeris)