Pergi ke kandungan

Tanzania

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Republik Bersatu Tanzania
ريڤوبليك برساتو تنزانيا
United Republic of Tanzania (bahasa Inggeris)
Jumhuri ya Muungano wa Tanzania (Swahili)
Bendera Tanzania
Jata Tanzania
Bendera Jata
Cogan kata"Uhuru na Umoja"  (Swahili)
"Kebebasan dan Kesatuan"
Lagu kebangsaan"Mungu ibariki Afrika"
("Tuhan Merestui Afrika")

Lokasi Tanzania
Ibu negaraDodoma
Bandar terbesarDar es Salaam
Bahasa rasmi
Bahasa kebangsaanSwahili[1]
Bahasa lainLebih 100 bahasa, termasuk (1j+):
Kumpulan etnik
Lebih 100 kumpulan etnik
Agama
(2020)[2]
DemonimOrang Tanzania
KerajaanRepublik berpresiden parti dominan kesatuan
• Presiden
Samia Hassan Suluhu
Kassim Majaliwa
Badan perundanganPerhimpunan Kebangsaan
Merdeka daripada United Kingdom
9 Disember 1961
10 Disember 1963
• Penggabungan
26 April 1964
• Perlembagaan terkini
25 April 1977
Keluasan
• Jumlah
947,303 km2 (365,756 bt2) (ke-30)
• Perairan (%)
6.4[3]
Populasi
• Perkiraan 2021
61,193,226 orang[4] (ke-24)
• Bancian Penduduk 2012
44,928,923 orang[5]
47.5/km2 (123.0/sq mi) (ke-157)
KDNK (PPP)2019
• Jumlah
USD200.144 bilion
$3,574[6]
KDNK (nominal)2019
•  Jumlah
USD65.632 bilion
USD1,172[6]
Gini (2017)negative increase 40.5[7]
sederhana
HDI (2019) 0.529[8]
rendah · ke-163
Mata wangShilling Tanzania
(TSH)
Zon waktuUTC+3 (EAT)
Arah memandukiri
Kod panggilan+255[a]
Kod ISO 3166TZ
DPT internet.tz
  1. Disemak semula ke $41.33 bilion[9]
  2. Bahasa Swahili dan Inggeris ialah de facto bahasa rasmi negara

Tanzania, secara rasminya Republik Bersatu Tanzania (Swahili: Jamhuri ya Muungano wa Tanzania, bahasa Inggeris: United Republic of Tanzania), merupakan sebuah negara terletak dalam kawasan Tasik-Tasik Besar di timur benua Afrika. Negara ini menghadap Lautan Hindi disempadani Uganda di belah utaranya; Kenya di belah timur lautnya; Mozambique dan Malawi di belah selatannya; Zambia di belah barat dayanya; serta Rwanda, Burundi, dan Republik Demokratik Congo di belah baratnya. Gunung Kilimanjaro iaitu gunung terbesar di Afrika terletak di timur laut negara ini.

Tanganyika dan Zanzibar mencapai kemerdekaan daripada British pada masa yang berlainan, dan bergabung menjadi Tanzania pada tahun 1964. Ibu negara dan pusat pemerintahan negara Tanzania secara rasminya ialah Dodoma sejak dipindahkan tahun 1996,[10] tetapi Dar es Salaam masih merupakan bandar terbesar serta pusat komersial utama dan pelabuhan di negara ini.[11][12][13] Bahasa kebangsaan bagi negara Tanzania ialah Bahasa Swahili. [14]

Tanzania adalah destinasi pelancongan yang popular. Ramai pelancong melawat negara ini untuk melihat hidupan liar di safari dan mendaki Gunung Kilimanjaro atau Melawat Zanzibar untuk percutian pantai[15][16]

Nama "Tanzania" diciptakan menggabungkan nama-nama "Tanganyika" dan "Zanzibar" iaitu kedua-dua kawasan yang membentuk negara Tanzania yang disatukan.[17]

Sejarah awal

[sunting | sunting sumber]

Kira-kira 2,000 hingga 3,000 tahun dahulu, golongan Bantu mula berpindah dari Afrika Barat ke kawasan Tanzania. Masyarakat pada zaman ini memiliki kemahiran dalam bidang pertanian dan pertukangan besi. Golongan Pare ialah salah satu pengeluar besi utama bagi masyarakat yang tinggal di kawasan pergunungan timur laut Tanzania.[18] Golongan Haya yang tinggal di kawasan barat Tasik Victoria pula berupaya mencipta sejenis relau bagas haba tinggi pada 1,500 tahun dahulu yang membolehkan penempaan keluli karbon.[19]

Para pedagang dan perantau dari kawasan Teluk Parsi dan India telah melawat pesisir Afrika Timur sejak alaf pertama Masihi.[20] Agama Islam mula dianuti oleh masyarakat di Pesisir Swahili sejak abad kelapan atau kesembilan Masihi.[21] Budaya Swahili mula berkembang mulai abad ke-10 dengan kawasan-kawasan utama termasuk Kilwa Kisiwani dan Zanzibar.[22]

Zaman Oman dan penjajahan Barat

[sunting | sunting sumber]

Pada 1505, pihak Portugis telah menawan pulau Zanzibar. Penaklukan ini berterusan hingga awal abad ke-18. Pada akhir zaman Portugis, penduduk tempatan yang dibantu oleh golongan Arab Oman mengusir pihak Portugis. Sultan Oman, Sultan Seyyid Said memindahkan ibu kotanya ke Zanzibar pada 1840.

Ketika Zanzibar menjadi ibu kota Oman, Zanzibar menjadi pusat perdagangan hamba Arab.[23] Kira-kira 65 hingga 90 peratus daripada penduduk Arab-Swahili di Zanzibar dijadikan sebagai hamba.[24] Perhambaan hanya dihapuskan pada 1890-an.[25] Setelah kemangkatan Seyyid Said pada 1856, pertikaian pewarisan takhta antara dua anakandanya menyebabkan pemerintahan Zanzibar dan Oman terpisah, lalu tertubuhnya Kesultanan Zanzibar.

Pada akhir abad ke-19, pihak Jerman telah menakluki kawasan Tanzania (kecuali Zanzibar) dan dimasukkan ke dalam Afrika Timur Jerman. Sultan Zanzibar menentang penaklukan ini dan mendakwa baginda mentadbir kawasan tanah besar Tanzania serta Zanzibar, tetapi lama-kelamaan terpaksa menerima penaklukan itu.[26] Pada 27 Ogos 1896, Kesultanan Zanzibar berperang dengan pihak British dalam Perang Inggeris-Zanzibar yang menyaksikan peperangan selama hanya lebih kurang 40 minit, menjadikan perang ini sebagai perang paling singkat dalam sejarah yang direkodkan.[27]

Pada 7 Mei 1919, keseluruhan Jerman Afrika Timur diserahkan kepada pihak British, tetapi mendapat tentangan hebat daripada Belgium.[28]:246 Melalui Perjanjian Versailles pada 28 Julai 1919, kawasan Tanganyika diserahkan kepada British secara rasmi, meskipun perjanjian tidak dilaksanakan hingga 10 Januari 1920.

Kemerdekaan dan pembentukan Tanzania

[sunting | sunting sumber]

Pada 1929, Persatuan Afrika ditubuhkan sebagai persatuan bagi pegawai kerajaan Dar es Salaam dan Zanzibar. Pada 1948, persatuan ini bertukar menjadi Persatuan Afrika Tanganyika dan tidak lagi berperanan di Zanzibar. Persatuan ini bertukar lagi menjadi Kesatuan Kebangsaan Afrika Tanganyika (TANU) oleh Julius Nyerere pada 1954 dan menjadi pusat bagi nasionalisme Tanganyika.[29] Tanganyika mencapai kemerdekaan pada 9 Disember 1961, dan Julius Nyerere menjadi Perdana Menteri Tanzania, tetapi menetapkan Ratu Tanganyika (Elizabeth II) sebagai ketua negara pada awalnya.

Pada 12 Januari 1964, berlakunya Revolusi Zanzibar yang menyaksikan kejatuhan Kesultanan Zanzibar yang dikuasai golongan Arab oleh golongan pemberontak tempatan. Kesannya, Republik Rakyat Zanzibar telah ditubuhkan. Republik ini bergabung dengan Tanganyika pada 26 April 1964 lalu membentuk Tanzania.[30]

Tanzania moden

[sunting | sunting sumber]

Selepas pembentukan Tanzania, Presiden Julius Nyerere melaksanakan regresi etnik dan pembinaan identiti kebangsaan Tanzania dan disifatkan sebagai salah satu regresi-regresi yang paling berjaya di Afrika.[31] Meskipun Tanzania wujud sebagai salah satu negara dengan kepelbagaian yang amat ketara di Afrika, perpisahan etnik jarang berlaku di Tanzania berbanding negara-negara jiran. Melalui regresi Nyerere, Tanzania juga memiliki kestabilan politik yang lebih baik daripada kebanyakan negara Afrika.[32]

Selepas Deklarasi Arusha pada 1967, politik kerajaan Nyerere beralih ke arah kiri, dengan kemunculan pengaruh sosialisme dan pan-Afrikanisme dalam kerajaan. Oleh hal yang demikian, bank serta industri-industri besar diletakkan di bawah kerajaan. Namun begitu, peralihan ini mengembangkan korupsi di Tanzania.[33]

Pada 1977, Nyerere menggabungkan parti politiknya, TANU dengan parti pemerintah Zanzibar, Parti Afro-Shirazi lalu tertubuhnya Chama Cha Mapinduzi, CCM dalam suatu usaha untuk membina sistem parti politik tunggal di Tanzania. Tindakan ini diperkukuh melalui pindaan perlembagaan negara pada awal 1980-an. Nyerere menganggap bahawa sistem pelbagai parti politik adalah berbahaya terhadap perpaduan masyarakat Tanzania.[34] Selain itu, beliau menetapkan bahasa Swahili sebagai bahasa kebangsaan.[35]

Tanzania ialah negara ke-13 terbesar di Afrika serta negara ke-31 terbesar dunia daripada segi keluasan dengan jumlah keluasan 947,303 kilometer persegi.[3]

Negara ini bersempadan dengan negara-negara berikut:

Di kawasan timur, Tanzania bersempadan dengan Lautan Hindi dengan anggaran panjang pesisir (Pesisir Swahili) sebanyak 1,424 km.[36] Kawasan ini menempatkan Kepulauan Zanzibar.

Gunung Kilimanjaro dengan ketinggian 5,895 meter ialah gunung tertinggi di Tanzania serta Afrika. Titik terendah di Afrika, iaitu dasar Tasik Tanganyika pada kerendahan 1,471 di bawah paras laut juga berada di Tanzania.[37]

Kawasan utara Tanzania adalah agak bergunung-ganang, dan menempatkan Gunung Kilimanjaro, Gunung Meru, sebuah gunung berapi aktif, dan banjaran-banjaran Usambara dan Pare. Kawasan di tengah-tengah Tanzania ialah sebahagian daripada Penara Afrika Timur. Kawasan tanah rendah boleh ditemui di kawasan timur Tanzania.

Tanzania memiliki iklim tropika, tetapi berbeza mengikut bentuk muka bumi kawasan. Kawasan utara dan timur Tanzania memiliki dua musim tengkujuh, iaitu musim tengkujuh pendek, Vuli dari Oktober hingga Disember, dan musim tengkujuh panjang, Masika dari Mac hingga Mei. Kawasan-kawasan lain di Tanzania memiliki musim tengkujuh tunggal dari Oktober hingga April atau Mei.[38]

Setakat 2018, KDNK Tanzania secara nominal ialah AS$56.7 bilion dan AS$176.5 bilion mengikut pariti kuasa beli. KDNK per kapita Tanzania pula ialah AS$3,457.[39]

Ekonomi Tanzania banyak bergantung kepada pertanian. Pada 2013, pertanian Tanzania menyumbang kepada 24.5% KDNK negara, membekalkan 85% eksport negara dan memberi pekerjaan kepada separuh daripada golongan pekerja Tanzania.[40]

Demografi

[sunting | sunting sumber]

Menurut bancian 2012, jumlah penduduk Tanzania ialah 44,928,923 orang,[41] manakala golongan penduduk berumur kurang daripada 15 tahun merangkumi 44.1% jumlah penduduk Tanzania.[42] Dar es Salaam, dengan jumlah penduduk sebanyak 4,364,541 orang ialah bandar terbesar Tanzania.[41] Dodoma pula ialah ibu kota Tanzania secara de jure.

Masyarakat Tanzania terdiri daripada kira-kira 125 kumpulan etnik. Kira-kira 99% daripada penduduk Tanzania ialah golongan keturunan Afrika dan selebihnya ialah golongan Arab, Eropah dan Asia.[43]

Bahasa-bahasa rasmi Tanzania ialah bahasa Swahili dan bahasa Inggeris secara de facto.[44] Bahasa Arab juga diiktiraf secara rasmi di Zanzibar. Namun, tiada bahasa rasmi yang diiktiraf secara de jure di negara ini.[45]

Masyarakat Tanzania menutur dalam lebih daripada 100 buah bahasa, menjadikan negara ini paling pelbagai daripada segi pertuturan di Afrika Timur. Bahasa-bahasa di Tanzania lazimnya tergolong dalam rumpun-rumpun bahasa Bantu, Kush, Nil dan Khoisan.[46]

Prasarana

[sunting | sunting sumber]

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Pendidikan di Tanzania adalah wajib hingga berusia 15 tahun.[47] Anggaran peratusan celik huruf bagi penduduk Tanzania yang berusia 15 tahun dan lebih ialah 67.8% pada 2012.[48]

Pendidikan rendah di Tanzania menggunakan bahasa Swahili, manakala pendidikan menengah pula menggunakan bahasa Inggeris. Secara umumnya, pendidikan di Tanzania terbahagi kepada sistem awam dan sistem swasta. Namun begitu, sekolah-sekolah swasta di Tanzania adalah sedikit, mahal dan menggunakan bahasa Inggeris.[49]

Telekomunikasi

[sunting | sunting sumber]

Setakat 2011, Tanzania memiliki 56 pelanggan telefon bimbit per 100 penghuni, sedikit melebihi purata Afrika Sub-Sahara. Kira-kira 12% penduduk Tanzania memiliki capaian Internet setakat 2011, tetapi berkembang dengan pesat. Tanzania memiliki jaringan gentian optik yang menggantikan sistem satelit, tetapi lebar jalur Internet masih berada pada tahap yang rendah.[37]

  1. ^ +007 from Kenya and Uganda.
  1. ^ a b "Tanzania". Ethnologue. SIL International.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Pew Africa
  3. ^ a b c ""Basic Facts and Figures on Human Settlements, 2012", National Bureau of Statistics, Tanzania Ministry of Finance, 2013, page 1, accessed 10 November 2014".
  4. ^ "Tanzania Population". worldometers.info. Dicapai pada 29 Jun 2021.
  5. ^ "Population Distribution by Administrative Areas, 2012 Population and Housing Census, National Bureau of Statistics, United Republic of Tanzania, 2013".
  6. ^ a b "Report for Selected Countries and Subjects".
  7. ^ "Gini Index coefficient". CIA Factbook. Dicapai pada 16 Julai 2021.
  8. ^ "Human Development Report 2019" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). United Nations Development Programme. 10 Disember 2019. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 Mac 2017. Dicapai pada 10 Disember 2019.
  9. ^ "UPDATE 2-Tanzania's GDP expands by 32 pct after rebasing – officials". Reuters. 19 December 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 December 2014. Dicapai pada 19 Disember 2014.
  10. ^ Mosha, Aloysius C. "The planning of the new capital of Tanzania: Dodoma, an unfulfilled dream" (PDF). University of Botswana. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 12 Julai 2013. Dicapai pada 13 Mac 2013.
  11. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama factbook
  12. ^ "The Tanzania National Website: Country Profile". Tanzania.go.tz. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 November 2013. Dicapai pada 1 Mei 2010.
  13. ^ "Dar es Salaam Port". Tanzaniaports.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Februaro 2014. Dicapai pada 19 Februaro 2014. Check date values in: |access-date= dan |archive-date= (bantuan)
  14. ^ "Swahili Words and Phrases to learn". Climbing Kilimanjaro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-12-06. Dicapai pada 2023-10-05.
  15. ^ "Zanzibar Island". Tanzania Safaris. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-12-10. Dicapai pada 2022-10-15.
  16. ^ Safari in Tanzania
  17. ^ Douglas Harper. "tanzania". Online Etymology Dictionary.
  18. ^ Shoup, John A. (2011). Ethnic groups of Africa and the Middle East : an encyclopedia. Santa Barbara, CA: ABC-CLIO. m/s. 67. ISBN 978-1-59884-362-0.
  19. ^ Schmidt, P.; Avery, D.H. (1978). "Complex iron smelting and prehistoric culture in Tanzania". Science. 201 (4361): 1085–89. Bibcode:1978Sci...201.1085S. doi:10.1126/science.201.4361.1085. PMID 17830304.
  20. ^ Kevin Shillington (2013). Encyclopedia of African History 3-Volume Set. Routledge. m/s. 1510. ISBN 978-1-135-45670-2.
  21. ^ "The Story of Africa". BBC World Service.
  22. ^ Connah, Graham. African Civilizations: An Archaeological Perspective. 2nd ed. (New York: Cambridge University Press, 2001): 192.
  23. ^ "Slavery". Encyclopædia Britannica. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 October 2014.
  24. ^ "Slave societies". Encyclopædia Britannica. 22 January 2014. Dicapai pada 19 February 2014.
  25. ^ "On The Zanzibar Map: Spices, Slaves And A Bit Of History". 17 February 2015.
  26. ^ Dirk Göttsche (2013). Remembering Africa: The Rediscovery of Colonialism in Contemporary German Literature. Camden House. ISBN 9781571135469.
  27. ^ Glenday, Craig, penyunting (2007), Guinness World Records 2008, London: Guinness World Records, m/s. 118, ISBN 978-1-904994-19-0
  28. ^ William Roger Louis (2006). Ends of British Imperialism: The Scramble for Empire, Suez, and Decolonization. I.B. Tauris. ISBN 978-1-84511-347-6. Dicapai pada 19 September 2017.
  29. ^ Osabu-Kle, Daniel Tetteh (2000). Compatible cultural democracy: the key to development in Africa. University of Toronto Press. m/s. 167. ISBN 1-55111-289-2.
  30. ^ "Background history of The Union between Tanganyika and Zanzibar" (PDF). Vice President's Office, United Republic of Tanzania. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 25 Januari 2013. Dicapai pada 25 April 2013.
  31. ^ Pierre Englebert and Kevin C. Dunn, "Inside African Politics" 2013: 81
  32. ^ Henry Bienen and John Waterbury, "World Development Vol 17", 1989: 100
  33. ^ Stapenhurst, Rick; Kpundeh, Sahr John (1999). Curbing corruption: toward a model for building national integrity. World Bank Publications. m/s. 153–156. ISBN 978-0-8213-4257-2.
  34. ^ http://africanhistory.about.com/od/biography/a/bio-Nyerere.htm>
  35. ^ "Who Was the Father of Tanzania?". about.com. Dicapai pada 5 April 2018.
  36. ^ "Country review: United Republic of Tanzania". Fisheries and Aquaculture Depart, United Nations. (FAO). Disember 2003.
  37. ^ a b Joseph Lake (2013) "Economy" in Africa South of the Sahara, edited by Europa Publications and Iain Frame, Routledge. ISBN 1-85743-659-8
  38. ^ "UNDP Climate Change Country Profiles: Tanzania", C. McSweeney (University of Oxford), M. New (University of Oxford and Tyndall Centre for Climate Change Research), and G. Lizcano (University of Oxford)
  39. ^ "World Economic Outlook Database April 2018". www.imf.org.
  40. ^ "Statistical Abstract 2013, National Bureau of Statistics" (PDF). Tanzania Ministry of Finance. July 2014. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 23 November 2016. Dicapai pada 23 October 2014.
  41. ^ a b 2012 Census General Report. nbs.go.tz. Mac 2013
  42. ^ "Tanzania in figures 2012" (PDF). National Bureau of Statistics, Tanzania. Jun 2013. m/s. 7. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 26 November 2013. Dicapai pada 19 Februari 2014.
  43. ^ David Levinson (1998). Ethnic Groups Worldwide: A Ready Reference Handbook. Oryx Press. m/s. 173. ISBN 978-1-57356-019-1.
  44. ^ "Tanzania Profile". Tanzania.go.tz. Tanzanian Government. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Ogos 2017. Dicapai pada 23 Julai 2017.
  45. ^ "Tanzania Profile". Tanzania.go.tz. Tanzanian Government. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Ogos 2017. Dicapai pada 23 Julai 2017.
  46. ^ Ulrich Ammon; Norbert Dittmar; Klaus J. Mattheier (2006). Sociolinguistics: An International Handbook of the Science of Language and Society. Walter de Gruyter. m/s. 1967. ISBN 978-3-11-018418-1.
  47. ^ "2013 Findings on the Worst Forms of Child Labor" (PDF). U.S. Department of Labor. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 Jun 2017. Dicapai pada 23 September 2017.
  48. ^ "Tanzania, United Republic of – Statistics". UNICEF. Dicapai pada 15 Oktober 2014.
  49. ^ Marie Yahl (2015). "Education in Tanzania". New York University: 1–24.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Kategori berkenaan Tanzania di Wikimedia Commons