Pergi ke kandungan

Sean Connery

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sean Connery
Kelahiran
Thomas Sean Connery

(1930-08-25) 25 Ogos 1930 (umur 94)[1]
Edinburgh, Scotland
Meninggal dunia31 Oktober 2020(2020-10-31) (umur 90)
PekerjaanPelakon
Penerbit
Tahun aktif1954–2006
PasanganDiane Cilento (1962–1973)
Micheline Roquebrune (1975–kini)
Laman web rasmihttp://www.seanconnery.com

Sir Thomas Sean Connery (25 Ogos 1930 - 31 Oktober 2020), atau lebih dikenali sebagai Sean Connery, merupakan seorang pelakon dan penerbit Scotland yang telah memenangi Academy Award (Anugerah Akademi), dua BAFTA Award (Anugerah BAFTA) (satu merupakan Anugerah Akademi Persekutuan BAFTA) dan tiga Golden Globes (Dunia Emas) (termasuk Anugerah Cecil B. DeMille dan sebuah Anugerah Henrietta). Beliau telah dikasetriakan oleh Elizabeth II pada Julai 2000, menerima Kepujian Pusat Kennedy di Amerika Syarikat.

Connery dikenali sebagai pelakon watak James Bond, pelakon pertama dalam tujuh filem Bond pertama diantara 1962 hingga 1983. Pada 1988, Connery memenangi Anugerah Akademi untuk Pelakon Tambahan Terbaik daripada filem The Untouchables. Filem beliau termasuk MarnieThe Name of the RoseThe League of Extraordinary GentlemenIIndiana Jones and the Last CrusadeThe Hunt for Red OctoberHighlanderMurder on the Orient ExpressDragonheart, dan The Rock.

Connery telah ditinjau sebagai "The Greatest Living Scot" (Orang Scotland Terhebat) dan "Scotland's Greatest Living National Treasure" (Harta Scotland Terhebat yang Masih Hidup). Pada 1989, beliau mendapat gelaran "Sexiest Man Alive" (Lelaki Seksi yang Masih Hidup) dari majalah People dan pada 1999, pada usia 69 tahun, beliau diundi sebagai "Sexiest Man of the Century" (Lelaki Paling Seksi dalam Abad ini).

Kehidupan Awal

[sunting | sunting sumber]

Thomas Sean Connery, dinamakan Thomas daripada neneknya; beliau dilahirkan di FountainbridgeEdinburghScotland pada 25 Ogos 1930. Ibunya, Euphemia McBain "Effie" (née McLean), merupakan seorang pencuci dan bapanya, Joseph Connery, merupakan seorang pekerja kilang dan pemandu lori. Moyangnya migrasi ke Scotland dari Ireland pada kurun ke-19. Saki baki keluarganya ialah berketurunan Scotland dan datuk ibunya bercakap Gaelic Scotland dari Fife dan Uig di Isle of Skye. Bapanya merupakan seorang Katolik Roman dan ibunya merupakan protestan. Beliau mempunyai adik, Neil (L. 1938). Connery mendakwa bahawa beliau digelar sebagai Sean, nama tengahnya, sebelum beliau menjadi seorang pelakon. Beliau juga mendakwa bahawa beliau mempunyai seorang kawan yang bernama Séamus dan sesiapa yang mengenali mereka memutuskan untuk memanggi Connery dengan nama tengahnya. Beliau sering digambarkan pada masa muda sebagai "Tommy". Walaupun beliau masih bersekolah rendah, beliau meningkat ketiga usia 12 tahun, mencapai ketinggian 6 kaki 2 inci (188 sentimeter) pada usia 18 tahun. Beliau dikenali sebagai "Big Tam" (Tam Besar).

Pekerjaan Connery yang pertama ialah penjual susu di Edinburgh bersama Kesatuan Koperatif St. Cuthbert. Beliau kemudianny berkhidmat untuk tentera tentera laut, dimana beliau mendapat dua tatu . Tatunya membawa makna yang memberi komitmen kehidupan pada beliau; satu tatu tertulis "ibu bapa" dan satu lagi menulis "Scotland Selamanya". Connery dibuang tentera laut kerana mengalami ulser deodenum yang pernah dialami oleh lelaki daripada keturunan beliau. Selepas itu, beliau bekerja ke koperasi, kemudian bekerja sebagai pemandu lori, pengawal keselamatan di kolam renang Portobello, pekerja buruh, seorang model artis untuk Kolej Seni Edinburgh, dan selepas mendapat pengesyoran dari bekas Encik Scotland, Archie Brennan, seorang pengillap keranda. Kerja moden mendapat 15 syiling setiap jam. Seniman pelajar, Richard Demarco yang telah menulis beberapa lukisan Connery menggambarkan beliau sebagai "Sangat lurus, agak pemalu, terlampau, terlampau cantik untuk dikatakan, seorang Adonis maya".

Connery memulakan bina badan pada usia 18 tahun dan dari 1951, beliau berlatih dengan kuat bersama Ellington, bekas jurulatih gim dalam tentera British. Beliau mendakwa bahawa beliau merupakan petanding dalam 1950 Mr. Universe, kebanyakkan sumber meletakkan beliau dalam pertandingan 1953, dalam ketiga-tiga kelas Junior atau jatuh ke klasifikasi Orang Tinggi. Connery mula mengurangkan bina badan apabila menjumpai seorang orang Amerika selalu menewaskan beliau dalam pertandingan tersebut kerana saiz otot dan tidak seperti Connery, menolak untuk bertanding dalam aktiviti atlet kerana boleh membuat mereka hilang kekuatan otot.

Connery juga merupakan bekas pemain bola, pernah bermain untuk Bonnyrigg Rose ketika usia muda beliau. Beliau pernah ditawar percubaan di East Fife. Semasa pelancongan ke South Pasific, Connery bermain bola menentang pasukan tempatan dimana Matt Busby, pengurus Manchester United, tampil untuk meninjau. Menurut laporan, Busby amat kagum dengan fizikal Connery dan menawarkan kontrak bernilai £25 seminggu selepas perlawanan tersebut. Connery mengaku bahawa beliau minat dengan tawaran itu tetapi mengimbas semula, "Saya menyedari pemain bola sepak terbaik hanya akan mencapai puncak ketika berusia 30 tahun, dan saya sudah berusia 23 tahun. Saya membuat keputusan untuk menjadi seorang pelakon dan ianya ditukar menjadi sebuah pergerakkan yang bijak."

Leftenan Col. Russhon dan Sean Connery

Untuk mencari wang pendapatan lebih, Connery membantu latar belakang di King's Theatre pada lewat 1951. Beliau mula berminat dengan prosiding dan sebuah kareer telah dilancarkan. Semasa pertandingan bina badan diadakan di London pada 1953, seorang peserta menyebut bahawa uji bakat itu dipegang untuk produksi di South Pasific, dan Connery tampil dalam peranan kecil sebagai seorang budak korus Seebees. Apabila produksi itu tiba ke Edinburgh, beliau memberi peranan Marine Cpl Hamilton Steeves dan sedang menjadi pelaku sebagai ketua juvana dan gaji beliau mencapai dari £12 ke £14–10saat setiap minggu. Produksi itu pulang tahun berikutnya dengan kemahuan yang tinggi, dan Connery dinaikkan pangkat membawa watak Leftenan Buzz Adams, dimana Larry Hagman telah menjadi pelakon watak itu di West End. Semasa di Edinburgh, Connery telah menjadi seorang sasaran oleh geng Valdor, salah satu geng terkenal di bandar. Beliau dihampiri mereka ketika berada di dewan biliard di atas Lothian Street dimana beliau menghalang mereka daripada mencuri jaket beliau dan kemudian diikuti oleh enam ahli gangster ke balkoni 15 kaki di Palais. Di sana, Connery menyerang dengan serangan tangan kepada ahli geng itu, menyambar seorang dengan mencekiknya dan seorang lagi dicekik di bisep dan menghentakkan kepala mereka antara satu sama lain. Dari itu, beliau mula mendapat hormat daripada gang tersebut dan mendapat reputasi "orang sukar".

Connery mula berjumpa Michael Caine di parti ketika produksi di South Pasific pada 1954, dan mereka berdua menjadi kawan baik. Semasa produksi South Pacificat di Opera House, Manchester ketika Krismas pada 1954, Connery menghasilkan minat yang serius terhadap teater apabila pelakon Amerika, Robert Henderson meminjamkan beliau salinan Hedda Gabler, The Wild Duck and When We Dead Awaken hasil kerja Henrik Ibsen., dan kemudian disenaraikan kerja seperti Marcel Proust, Leo Tolstory, Ivan Turgenev, Bernard Shaw, James Joyce dan William Shakespeare untuk Connery mengunakkannya. Henderson menyuruh Connery untuk pelajaran seni pidata dan memberi dia peranan di Maida Vale Theatre di London, dan beliau sudah mula mengejar kerjaya kareer filem, menjadi pelakon tambahan dalam Lilacs in the Spring, hasil filem muzikal Herbert Wilcox pada 1954 bersama-sama Anna Neagle.

Walaupun Connery mendapat jaminan dalam beberapa watak ekstra, tetapi beliau bergelut dalam kerjaya-kerjaya akhir dan diapksa untuk menerima kerja separuh masa sebagai penjaga kanak-kanak untuk wartawan, Peter Noble dan isteri, Mary yang merupakan seorang pelakon; Connery menerima 10 syiling setiap malam. Beliau menemui pelakon Hollywood Shelley Winters pada satu malam di rumah Noble dan menggambarkan Connery sebagai "Seseorang jejaka yang tinggi, menawan dan seorang Scotland yang bermaskulin" yang pernah beliau tengok, dan kemudian menghabiskan malam itu dengan adik-beradik Connery meminum bir. Pada masa ini, Connery telah tinggal di rumah seorang penyampai televisyen, Llew Gardner. Henderson mendapatkan Connery sebuah watak dengan £6 seminggu produksi Q Theatre dalam Witness for the Prosecution hasil Agatha Christie, semasa beliau berjumpa dan berkawan dengan kawan senegara, Ian Bannen.

Watak ini diikuti dengan Point of Departure dan A Witch in Time di Kew, sebuah watak sebagai Pentheus menentang Yvonne Mitchell dalam The Bacchae di Oxford Playhouse, dan sebuah watak menentang Jill Bannet dalam Anna Christie produksi Eugene O'Neill. Semasa masa beliau di Oxford Theatre, Connery memenangi sebuah sebahagian ringkas sebagai peninju dalam siri televisyen, The Square Ring, sebelum didapati oleh pengarah Canada, Alvin Rakoof yang telah memberi beliau pelbagai watak dalam The Condemned, mengambil pengambaran di lokasi di Dover, Kent. Pada 1956, Connery tampil dalam produksi teaterikal Epitaph, dan memainkan watak kecil sebagai seorang preman dalam "Ladies of the Manor" episod dalam Dixon of Dock Green. Ianya diikuti oleh sebuah rancangan televisyen kecil dalam Sailor of Fortune dan The Jack Benny Program.

Pada musim bunga 1957, Connery upah seorang agen, Richard Hatton untuk mendapatkan beliau watak sebagai Spike, watak gangster kecil dengan halangan ucapan di No Road Back hasil Montgomery Tully bersama-sama Skip Homeier, Paul Carpenter, Patrician Dainton, dan Norman Wooland. Pada April 1957, Alvin Rakoff kecewa dengan Jack Palance yang membuat keputusan untuk memberi pelakon muda dalam watak utama dan menjadikan Connery sebagai Mountain McLintock dalam TV BBC produksi yang menarik iaitu Requiem For A Heavyweight yang juga dilakoni oleh Warren Mitchell dan Jackqueline Hill.

Pada 1958, beliau mendapat sebuah watak utama dalam melodrama Another Time, Another Place (1958) sebagai seorang wartawan British bernama Mark Trevor, menangkap hubungan skandal disebaliknya Lana Turner dan Barry Sullivan. Semasa perfileman, teman lelaki gangster Lana Turner, Johnny Stompanato, yang melawat dari Los Angeles, mempercayai bahawa Lana mempunyai skandal dengan Connery. Beliau meluru ke dalam set dan melurukan pistol ke arah Connery, Connery berjaya meluncutkan senjata itu dan memukul beliau di belakangnya. Stompanato telah didenda dari set. Connery kemudian mengira semula behawa beliau telah bersembunyi apabila menerima ancama daripada lelaki yang berkait dengan Stompanato, Mickey Cohen.

Pada 1959, Connery mendapat watak utama dalam Darby O'Gill and the Little People (1959) hasil produksi Walt Disney dan Robert Stevenson bersama Albert Sharpe, Janet Munro dan Jimmy O'Dea. Filem itu merupakan kisah dongeng tentang seseorang lelaki Irish yang bertarung dengan kecederaan. Semasa keluaran filem itu, A. H. Weiler dari majalah New York Times memuji lakonan Connery (menyalamatkan Connery yang beliau gambarkan sebagai "tinggi, gelap dan kacak").

Sean Connery pada 1964

James Bond: 1962-71, 1983

[sunting | sunting sumber]

Kemunculan Connery dikenali melalui watak sebagai seorang agen rahsia James Bond. Beliau enggan untuk memberi komitmen dalam siri filem ini, tetapi percaya bahawa filem ini akan memperjayakan kareernya dengan bermanfaat sekali. Beliau bermain watak Bond dalam lima pertama Bond: Dr. No (1962), From Russia with Love (1963), Goldfinger (1964), Thunderball (1965) dan You Only Live Twice (1967) - kemudian muncul sekali lagi dalam filem Diamond Are Forever (1971) dan filem Never Say Never Again (1983). Keseluruh tujuh filem berjaya. James Bond, yang dilakonkan Connery, mendapat hero ketiga terhebat dalam sejarah wayang Institusi Filem Amerika.

Pemilihan Connery sebagai James Bond berhutang budi kepada Dana Broccolli, isteri penerbit "Cubby" Broccoli, yang mempunyai reputasi bermain alat muzik untuk memjuk Cubby bahawa Connery merupakan orang yang tepat. Pencipta James Bond, Ian Fleming, ragu-ragu dengan lakonan Connery, menyatakan, "Dia bukan apa yang saya bayangkan rupa paras James Bond", dan "Saya mencari seorang Komander Bond dan bukan orang lebih mata lelaki aksi," menambah Connery (berotot, 6'2", dan seorang Scotland) secara halus. Teman wanita Fleming memberitahu Fleming bahawa Connery mempunyai karisma seksual dan Fleming mengubah pemikirannya apabila tayangan perdana Dr. No menjadi sambutan. Dia amat kagum, dia mencipta separa-Scotland, separa-Swis, memberi sumbangan untuk Bond dalam novel akan datang.

Lakonan Connery sebagai Bond banyak memberi didikan stailistik dari pengarah Terence Young, memberi tekanan bagus kepada pelakon dalam bentuk fizikal dan kehadiran aksi-aksi. Semasa pengambaran Thunderball 1965, nyawa Connery dalam bahaya dengan ikan jerung di kolam renang Emilio Largo. Beliau sangat risau dengan ancaman dihadapinya semasa membaca skrip, Connery mendakwa bahawa Ken Adams membina Plexiglas khas di dalam kolam renang, selain ini, tiada struktur diperbaiki dan salah seekor jerung berjaya melaluinya. Connery meninggalkan kolam renang itu dengan segera.

Connery dipaksa memakai toupee semasa setiap filem dan drama mungkin kerana dia masih 21. Ini mengelakkan Connery daripada berada dalam keadaan bahaya walaupun ianya menjadi sentiasa diawasi pada tahun lepas.

Pada 2005, From Russia With Love diadaptasi oleh Electronic Arts dalam permainan video, tajuk: "James Bond 007: From Russia with Love" yang memaparkan semua suara bagus seperti Connery.

Disebalik Bond

[sunting | sunting sumber]
Sean Connery pada 1980

Walaupun Bond telah membuatkan beliau sebagai bintang besar, Connery sebenarnya telah penat dengan watak tersebut dan tekanan francais itu kepada beliau, menatakan "[Saya sudah] menyampah dengan perkara ini" dan "Saya selalu benci James Bond tak guna itu. Saya ingin bunuh dia". Michael Caine memanggil situasi itu, "Jika awak mempunyai kawan hari ni yang awak tidak berbincang tentang subjek Bond. Dia sebenarnya, dan ialah, lebih bagus berlakon daripada hanya memainkan peranan James Bond, tetapi telah menjadi sinonim kepada Bond. Dia berjalan di jalan dan orang akan cakap "Tengok, itu dia James Bond". Itu menyebabkan dia marah". Semasa membuat filem Bond, Connery juga memulakan filem-filem lain seperti Marnie (1964) dan The Hill (1965). Selain daripada The Man Who Would Be King dan The Wind and the Lion, kedua-duanya dikeluarkan pada 1975, kebanyakkan kejayaan Connery pada dekad seterusnya adalah sebahagian watak esemble dalam filem seperti Murder on the Orient Express (1974) bersama Vannesa Roedgrave dan John Gielgud dan, A Bridge Too Far (1977) dilakoni oleh Dirk Bogarde dan Laurence Olivier. Connery berkondsi Henrietta Award (Anugerah Henrietta) bersama Charles Bronson untuk "World Film Favorite – Male" (Filem Kegemaran Dunia - Lelaki) pada 1972.

Pada 1981, Connery tampil dalam filem Time Bandits sebagai Agememnon. Pemilihan watak berasal daripada lawak Michael Palin termasuk dalam skrip, dimana beliau menggambarkan watak itu mengalikhkan tompengnya dan menjadi "Sean Connery - atau seseorang yang sama tetapi lebih murah". Apabila ditunjuk skrip, Connery sangat gembira untuk berlakon sebagai pelakon pembantu. Pada 1982, Connery meriwayatkan G'olé!, sebuah filem rasmi Piala Dunia FIFA 1982.

Selepas pengalam bersama Never Say Never Again pada 1983 dan diikuti dengan kes makhamah, Connery tidak gembira dengan beberapa studio besar dan untuk dua tahun tidak membuat apa-apa filem. Berikut kejayaan produksi Eropah The Name of the Rose (1986), dimana beliau memenangi BAFTA award (anugerah BAFTA), minat Connery dalam peralatan pengikalanan dihidupkan semula. Pada tahun yang sama, sebuah watak pelakon tambahan dalam Highlander menunjukkan kebolehan beliau dalam menjadi mentor kepada anak-anak muda, dimana beliau mula mencetuskan watak dalam filem-filem seterusnya. Tahun berikutnya, he mendakwa persembahan polis Irish-Amerika dalam The Untoucables (1987) memberi beliau kemenangan Academy Award (Anugerah Akademi) untuk Best Supporting Actor (Pelakon Tambahan Terbaik), satu-satunya anugerah dalam hidup beliau. Calonan yang lain juga termasuk Morgan Freeman dan Denzel Washington, kedua-duanya menangi anugerah tersebut. Beliau juga turut melakoni Indiana Jones and the Last Crusade (!989), dalam watak Henry Jones Sr., watak kepada bapa watak utama, The Hunt for Red October (1990) dimana beliau dilaporkan menerima notis dua minggu, Rumah Russia (1990), The Rock (1996) dan Entrapment (1999). Pada 1966, beliau menyuarakan watak Draco dalam Dragonheart. Pada 1998, Connery menerima Anugerah Persekutuan Akademi BAFTA.

Filem Connery seterusnya termasuk dalam panggung wayang dan kejauthan, seperti First Knight (1995), The Avengers (1998) dan The League of Extraordinary Gentlemen (2003) tetapi beliau mendapat pandangan positif, termasuk persembahan Finding Forrester (2000). Beliau juga turut menerima Crystal Globe untuk menyumbang dalam industri seni untuk panggung wayang dunia.

Connery memulakan temu bual denagn menyatakan bahawa beliau ditawarkan watak The Lord of the Rings, menolak akibat "tidak memahami skrip." CNN melaporkan peakon akan ditembah 15% untuk panggung wayang seluruh dunia untuk melakoni Gandalf, dimana beliau telah menerima, boleh memberi beliau $ 400 juta, Conner kecewa dengan "orang bodoh yang kini membuat filem di Hollywood" dan memberi sebab kenapa beliau bersara daripada membuat filem.

\

Filmografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Filem Peranan Catatan
1954 Lilacs in the Spring ? (uncredited)
1957 No Road Back Spike
Hell Drivers Johnny Kates
Action of the Tiger Mike
Time Lock Welder #2
1958 Another Time, Another Place Mark Trevor
A Night to Remember Titanic deck hand uncredited
1959 Darby O'Gill and the Little People Michael McBride
Tarzan's Greatest Adventure O'Bannion
1961 On the Fiddle Pedlar Pascoe
The Frightened City Paddy Damion
1962 The Longest Day Pte. Flanagan
Dr. No James Bond
1963 From Russia with Love James Bond
1964 Marnie Mark Rutland
Woman of Straw Anthony Richmond
Goldfinger James Bond
1965 The Hill Trooper Joe Roberts
Thunderball James Bond
1966 Un monde nouveau Himself (cameo)
A Fine Madness Samson Shillitoe
1967 You Only Live Twice James Bond
1968 Shalako Moses Zebulon 'Shalako' Carlin
1969 The Bowler and the Bonnet Himself (Director; documentary)
1970 The Molly Maguires Jack Kehoe
1971 The Red Tent Roald Amundsen
The Anderson Tapes John Anderson
Diamonds Are Forever James Bond
1972 España campo de golf Himself (short subject)
1973 The Offence Detective Sergeant Johnson
1974 Zardoz Zed
Murder on the Orient Express Colonel Arbuthnot
1975 Ransom Nils Tahlvik
The Dream Factory Diri sendiri (dokumentari)
The Wind and the Lion Mulay Achmed Mohammed el-Raisuli the Magnificent
The Man Who Would Be King Daniel Dravot
1976 Robin and Marian Robin Hood
1976 The Next Man Khalil Abdul-Muhsen
1977 A Bridge Too Far Maj. Gen. Roy Urquhart
1979 The First Great Train Robbery Edward Pierce/John Simms/Geoffrey
Meteor Dr. Paul Bradley
Cuba Maj. Robert Dapes
1981 Outland Marshal William T. O'Niel Calon - Saturn Award for Best Actor
Time Bandits King Agamemnon/Fireman
1982 G'ole! Narrator (documentary)
Five Days One Summer Douglas Meredith
Wrong Is Right Patrick Hale
1983 Sean Connery's Edinburgh Himself (filem pendek)
Never Say Never Again James Bond
1984 Sword of the Valiant The Green Knight
1986 Highlander Juan Sanchez Villa-Lobos Ramirez
The Name of the Rose William of Baskerville BAFTA Award for Best Actor in a Leading Role
1987 The Untouchables Jim Malone Anugerah Akademi untuk Pelakon Lelaki Pembantu Terbaik
Golden Globe Award for Best Supporting Actor - Motion Picture
NBR Award for Best Supporting Actor
KCFCC Award for Best Supporting Actor
Nominated - BAFTA Award for Best Actor in a Supporting Role
1988 The Presidio Lt. Col. Alan Caldwell
1989 Indiana Jones and the Last Crusade Professor Henry Jones Senior Nominated - Golden Globe Award for Best Supporting Actor - Motion Picture
Nominated - BAFTA Award for Best Actor in a Supporting Role
Family Business Jessie McMullen
1990 The Hunt for Red October Captain Marko Ramius Nominated - BAFTA Award for Best Actor in a Leading Role
The Russia House Bartholomew 'Barley' Scott Blair
1991 Highlander II: The Quickening Juan Sanchez Villa-Lobos Ramirez
Robin Hood: Prince of Thieves King Richard I (jemputan)
1992 Medicine Man Dr. Robert Campbell
1993 Rising Sun Capt. John Connor (juga penerbit eksekutif)
1994 A Good Man in Africa Dr. Alex Murray
1995 The Thief and the Cobbler Tack the Cobbler (suara)
Just Cause Paul Armstrong (juga penerbit eksekutif)
First Knight King Arthur
1996 Dragonheart Draco (suara)
The Rock Capt. John Patrick Mason (Ret.) (juga penerbit eksekutif)
1998 The Avengers Sir August de Wynter
Playing by Heart Paul
1999 Entrapment Robert MacDougal (juga penerbit)
2000 Finding Forrester William Forrester
2003 The League of Extraordinary Gentlemen Allan Quatermain (juga penerbit bersama)
2006 Sir Billi the Vet Sir Billi (suara)
  1. ^ "The Official Website of Sir Sean Connery".

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]