Kepresidenan
Kepresidenan atau pejabat presiden ialah sebuah badan pentadbiran atau eksekutif, atau badan pemerintah dan pentadbiran bersama yang ada di sekitar pejabat atau jawatan presiden sesebuah negara bangsa. Walaupun ada cabang eksekutif pemerintah dan, ada menjadikan seorang yang terpilih secara tunggal untuk memegang jawatan "presiden", secara amalannya, kepresidenan merangkumi sejumlah kumpulan manusia yang lebih besar, seperti ketua-ketua kakitangan, penasihat dan birokrat yang lain. Walaupin sering diketuai oleh seorang individu, kepresidenan boleh juga bersifat kolektif, seperti kepresidenan Kesatuan Eropah yang dipegang secara bergilir-gilir oleh pemerintah negara anggota yang pelbagai. Sebagai alternatif, iatilah kepresidenan boleh juga digunakan kepada pihak berkuasa yang mentadbir sesetengah gereja, dan boleh juga dirujuk kepada pemegang jawatan presiden bukan kerajaan dalam perbadanan, perniagaan, kebajikan, universiti, dan sebagainya atau susunan institusi di sekeliling mereka.