Guangzhou Metro
Guangzhou Metro | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Umum | ||||||||||
Pemilik | Bandar Guangzhou | |||||||||
Lokasi | Guangzhou Foshan | |||||||||
Jenis transit | Transit aliran deras | |||||||||
Jumlah laluan/aliran | 13 | |||||||||
Jumlah stesen | 232[note 1] | |||||||||
Bil. penumpang harian | 7.36 juta (2017 Avg.)[1] 10.0257 juta (Kemuncak 31 Disember 2017)[2] | |||||||||
Bil. penumpang tahunan | 2.568 billion (2016)[3] | |||||||||
Laman sesawang | www.gzmtr.com | |||||||||
Operasi | ||||||||||
Mula beroperasi | 28 Jun 1997 | |||||||||
Pengendali | Guangzhou Metro Corporation | |||||||||
Jumlah kenderaan | 383 gerabak (setakat 2016[kemas kini])[4] | |||||||||
Teknikal | ||||||||||
Panjang sistem | 391.8 km (243.5 bt)[5] | |||||||||
Tolok landasan | 1,435 mm (4 kaki 8 1⁄2 in) | |||||||||
Jejari kelengkungan minimum | 206 m (676 ka)[6] | |||||||||
Pengelektrikan |
| |||||||||
| ||||||||||
sunting |
Guangzhou Metro | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tulisan Cina Ringkas | 广州地铁 | ||||||||||||
Tulisan Cina Tradisional | 廣州地鐵 | ||||||||||||
Jyutping | Gwong²zau¹ Dei⁶tit³ | ||||||||||||
Perumian Yale Bahasa Kantonis | Gwóngjàu Dèihtít | ||||||||||||
Hanyu Pinyin | Guǎngzhōu Dìtiě | ||||||||||||
|
Guangzhou Metro (Cina ringkas: 广州地铁 ; Cina tradisional: 廣州地鐵 ; Pinyin Mandarin: Guǎngzhōu Dìtiě; Jyutping: Gwong²zau¹ Dei⁶tit³) merupakan sistem metro bagi bandar Guangzhou, Guangdong di China. Ia beroperasi di bawah syarikat milik negeri, Guangzhou Metro Corporation dan merupakan sistem metro keempat yang dibina di tanah besar China selepas Beijing, Tianjin dan Shanghai.
Usaha terawal membina sebuah sistem transit aliran deras di Guangzhou bermula sejak tahun 1960. Dalam masa dua dekad, projek ini telah dibawa ke dalam agenda sebanyak lima kali, namun terbengkalai setiap kali diangkat kerana masalah kewangan dan teknikal.[11][12] Persediaan pembinaan Guangzhou Metro pada hari ini tidak bermula sehinggalah tahun 1980-an, dan pembinaan aliran pertama, Aliran 1, secara rasminya bermula pada tahun 1993.[12][13] Line 1 opened four years later in 1997 with five stations in operation.[14]
Setakat Disember 2017[kemas kini] Guangzhou Metro mempunyai 13 buah aliran yang beroperasi iaitu Aliran 1, Aliran 2, Aliran 3, Aliran 4, Aliran 5, Aliran 6, Aliran 7, Aliran 8, Aliran 9, Aliran 13, Aliran 14, Aliran Guangfo, dan Zhujiang New Town APM yang menghubungkan kawasan bandar dan pinggir bandar. Aliran Guangfo menghubungkan Guangzhou dan Foshan serta merupakan aliran metro pertama di antara dua buah bandar dalam negara.[15] Waktu perkhidamatan harian bermula dari jam 6:00 pagi dan berakhir pada tengah malam dengan purata penumpang melebihi 7 juta.[16][1][17] Dengan 2.568 billion penumpang pada tahun 2016, Guangzhou Metro menjadi sistem metro keempat tersibuk di dunia selepas Beijing, Shanghai dan Seoul. Guangzhou Metro beroperasi untuk 231 buah stesen,[note 1] termasuk 28 buah stesen pertukaran serta 390.7 km aliran.
Pembinaan peluasan jaringan metro telah dirancang bagi tahun 2011-2020. Pembinaan bermula dengan Aliran 11, Aliran 18, Aliran 21 dan peluasan Aliran 8 dan Aliran Guangfo serta peluasan Aliran 7 ke Shunde, Foshan. Jumlah kapasiti operasi dijangka melebihi 600 km menjelang 2020.[18] Guangzhou Metro kini giat membina penghubung antara bandar-bandar berdekatan. Foshan telah dihubungkan menerusi Guangfo Metro dengan Aliran 7 dan Aliran 2 Foshan Metro sedang dalam pembinaan. Bandar Dongguan dicadangkan untuk dihubungkan melalui Aliran 13 Guangzhou Metro dengan Dongguan Metro.[19] Bandar Huizhou dicadangkan pada tahun 2016 bahawa Aliran 16 Guangzhou Metro diperluaskan ke Kounti Longmen, mencapai integrasi Huizhou dan Guangzhou. Pada Januari 2018, Datuk Bandar Huizhou, Mai Jiaomeng mendedahkan bahawa Huizhou sedang mengkaji dua perhubungan Guangzhou Metro dengan Aliran 16 menuju ke Bandar Yonghan, Kounti Longmen dan Aliran 21 diperluaskan ke Gunung Luofu di Kounti Boluo.[20][21]
Nota
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "广州地铁上半年运客超13亿人次" [Guangzhou Metro First Half of 2017 Provided 1.3 billion rides.] (dalam bahasa Chinese). Sina. 2017. Dicapai pada 2017-07-08.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "1002.57万!广州地铁客流首破千万" [1002.57万!广州地铁客流首破千万] (dalam bahasa Chinese). 广州地铁. 2018-01-02. Dicapai pada 2018-01-02. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - ^ "7号线开通后3号线是缓解了还是更拥挤?" (dalam bahasa Chinese). Sina. 2017. Dicapai pada 2017-02-21.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "广州地铁二〇一六年度年报" [Guangzhou Metro Annual Report 2016] (PDF) (dalam bahasa Chinese). Guangzhou Metro Corporation. 2016. Dicapai pada 2018-01-03.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "12月28日,广州地铁四条新线同步开通!" (dalam bahasa Chinese). Guangzhou Metro Corporation. 27December 2017. Dicapai pada 2014-05-17. Check date values in:
|date=
(bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - ^ "广州地铁五号线月底开通" [Guangzhou Metro Line 5 to open at end of month] (dalam bahasa Chinese). Nanfang Daily. 14 December 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-03. Dicapai pada 2014-01-21. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - ^ Jin Shoujie; He Zhixin (2010). "广州市轨道交通接触网形式选择" [Selection of overhead catenary system for Guangzhou urban rail transit]. Urban Rapid Rail Transit (dalam bahasa Chinese). 23 (1). doi:10.3969/j.issn.1672-6073.2010.01.003.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "城际轨道直通穗莞深惠 广佛地铁设九座换乘站" [Intercity railways to connect Guangzhou, Dongguan, Shenzhen, Huizhou; Guangfo Metro to have nine interchange stations] (dalam bahasa Chinese). Guangzhou Daily. 24 Jun 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Julai 2011. Dicapai pada 29 Oktober 2010. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan); Italic or bold markup not allowed in:|publisher=
(bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - ^ "六号线二期正式开建" [Construction of Phase 2 of Line 6 formally starts] (dalam bahasa Chinese). Information Times. 21 June 2011. Dicapai pada 2013-12-25. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - ^ "Guangzhou Metro Line 7". Shared Encyclopedia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-02. Dicapai pada 29 January 2017.
- ^ Yu Dingyu 2006, §1–1.
- ^ a b Yu Dingyu 2006, §1–2.
- ^ Yu Dingyu 2006, §3–2.
- ^ "广州地铁发展历程" [Development of Guangzhou Metro] (dalam bahasa Chinese). NetEase. 29 September 2010. Dicapai pada 2010-10-08.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "地铁广佛线开通成就广佛人的梦想" [Dreams of Guangzhou, Foshan residents come true as Guangfo Metro opens] (dalam bahasa Chinese). Yangcheng Evening News. 27 October 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-11-04. Dicapai pada 2010-10-29. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - ^ "广州地铁 全程为你--公司新闻". www.gzmtr.com. Dicapai pada 2017-04-27.
- ^ "首尾班车时刻表" [Schedules of first and last trains] (dalam bahasa Chinese). Guangzhou Metro Corporation. Dicapai pada 2010-11-24.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "广州市轨道交通线网2011-2015年建设方案公示" [Publicity of 2011–2015 construction plan of urban rail transit network of Guangzhou] (dalam bahasa Chinese). Urban Planning Bureau of Guangzhou. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Julai 2011. Dicapai pada 6 April 2010. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - ^ 王召娣. "广州东部交通2018年全面爆发!_房产新闻库_南方网". house.southcn.com. Dicapai pada 2018-04-07.
- ^ "构建立体化交通网络 加快融入粤港澳大湾区_新闻_电子报_惠州_惠州日报_东江时报_惠州报业传媒集团". e.hznews.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-03. Dicapai pada 2018-04-07.
- ^ "罗浮山、龙门有望对接广州地铁-南方都市报·奥一网". epaper.oeeee.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-03. Dicapai pada 2018-04-07.
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Yu Dingyu (2006). Nanfengchuang Magazine (penyunting). 与龙共舞:广州地铁深度报道 [Dancing with the Dragon: An In-Depth Report of Guangzhou Metro] (dalam bahasa Chinese). Huacheng Press. ISBN 7-5360-4829-7. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-18. Dicapai pada 2010-11-23.CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Guangzhou Metro. |