Berkuat kuasa pada 20 November 2024

Misi kami adalah untuk menghubungkan para profesional dunia bagi menjadikan mereka lebih produktif dan cemerlang. Perkhidmatan kami direka khusus untuk menggalakkan peluang ekonomi kepada ahli-ahli kami dengan membolehkan anda dan jutaan profesional lain bertemu, bertukar-tukar idea, belajar dan mencari peluang atau pekerja, bekerja dan membuat keputusan dalam rangkaian yang terdiri daripada perhubungan yang dipercayai.

  1. Pengenalan

    1.1 Kontrak

    Apabila anda menggunakan Perkhidmatan kami, anda bersetuju dengan semua terma ini. Penggunaan anda terhadap Perkhidmatan kami juga tertakluk pada Dasar Kuki dan Dasar Privasi kami yang meliputi cara kami mengumpulkan, menggunakan, berkongsi dan menyimpan maklumat peribadi anda.

    Dengan mencipta akaun LinkedIn atau mengakses atau menggunakan Perkhidmatan kami (yang diterangkan di bawah), anda bersetuju untuk mengikat kontrak ikatan perjanjian yang sah dengan LinkedIn (walaupun anda menggunakan bukti kelayakan pihak ketiga atau menggunakan Perkhidmatan kami bagi pihak syarikat). Jika anda tidak bersetuju dengan kontrak ini (“Kontrak” atau “Perjanjian Pengguna”),  jangan cipta akaun dan jangan akses atau gunakan sebarang Perkhidmatan kami. Jika anda ingin menamatkan Kontrak ini, anda boleh berbuat demikian pada bila-bila masa dengan menutup akaun anda dan tidak lagi mengakses atau menggunakan Perkhidmatan kami.

    Perkhidmatan

    Kontrak ini terpakai kepada LinkedIn.com, aplikasi berjenama LinkedIn, laman, aplikasi, komunikasi dan perkhidmatan berkaitan LinkedIn yang dinyatakan bahawa mereka ditawarkan di bawah Kontrak ini (“Perkhidmatan”), termasuk pengumpulan data Perkhidmatan tersebut, seperti melalui iklan kami dan plugin “Mohon dengan LinkedIn” dan “Kongsi dengan LinkedIn”.

    LinkedIn

    Anda memasuki Kontrak ini dengan LinkedIn (juga dirujuk sebagai “kami”).

    Kami menggunakan istilah “Negara Yang Ditetapkan” untuk merujuk kepada negara di Kesatuan Eropah (EU), Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) dan Switzerland.

    Jika anda menetap di “Negara Yang Ditetapkan”, anda memasuki Kontrak ini dengan LinkedIn Ireland Unlimited Company (“LinkedIn Ireland”) dan LinkedIn Ireland akan menjadi pengawal data peribadi yang diberikan kepada, atau dikumpulkan oleh atau untuk, atau diproses berkenaan Perkhidmatan kami.

    Jika anda tinggal di luar “Negara yang Ditetapkan”, anda memasuki Kontrak ini dengan LinkedIn Corporation (“LinkedIn Corp.”) dan LinkedIn Corp. akan menjadi pengawal (atau tanggungjawab perniagaan untuk) data peribadi yang diberikan kepada, atau dikumpulkan oleh atau untuk, atau diproses berkenaan Perkhidmatan kami.

    Sebagai Pelawat atau Ahli Perkhidmatan kami, pengumpulan, penggunaan dan perkongsian data peribadi anda tertakluk pada Dasar Privasi kami Dasar Kuki kami dan dokumen-dokumen lain yang dirujuk dalam Dasar Privasi kami dan kemas kini. Anda mengakui dan telah membaca Dasar Privasi kami.

    1.2 Ahli dan Pelawat

    Kontrak ini dikenakan pada Ahli dan Pelawat.

    Apabila anda mendaftar dan menyertai Perkhidmatan LinkedIn, anda akan menjadi “Ahli”. Jika anda memilih untuk tidak mendaftar untuk Perkhidmatan kami, anda boleh mengakses ciri-ciri tertentu sebagai seorang “Pelawat”.

    1.3 Perubahan

    Kami mungkin membuat perubahan pada Kontrak ini.


    Kami boleh mengubah suai Kontrak ini, Dasar Privasi kami dan Dasar Kuki kami dari semasa ke semasa. Jika diperlukan oleh undang-undang berkenaan atau kami membuat perubahan penting pada Kontrak ini, kami akan memberikan notis melalui Perkhidmatan kami atau melalui cara lain agar anda diberi peluang untuk menyemak perubahan tersebut sebelum penguatkuasaan dibuat. Kami bersetuju bahawa perubahan tidak boleh diundurkan tarikh. Jika anda membantah mana-mana perubahan ini, anda boleh menutup akaun anda. Jika anda meneruskan penggunaan Perkhidmatan kami setelah kami menyiarkan atau menghantar notis tentang perubahan kami terhadap terma ini, maksudnya anda bersetuju dengan terma yang dikemaskinikan setakat tarikh berkuat kuasanya.

  2. 2. Tanggungjawab

    2.1. Kelayakan Perkhidmatan

    Berikut ialah beberapa perjanjian anda kepada kami dalam Kontrak ini:

    Anda layak untuk memasuki Kontrak ini dan anda sekurang-kurangnya mencapai “Umur Minimum.”

    Perkhidmatan ini tidak boleh digunakan oleh sesiapa yang berumur kurang daripada 16 tahun.

    Untuk menggunakan Perkhidmatan, anda bersetuju bahawa: (1) anda mestilah mencapai “Umur Minimum” (dinyatakan di bawah) atau lebih tua; (2) anda hanya akan mempunyai satu akaun LinkedIn yang mesti menggunakan nama sebenar anda; dan (3) anda tidak disekat oleh LinkedIn daripada menggunakan Perkhidmatan tersebut. Pembuatan akaun dengan maklumat palsu akan melanggar terma kami, termasuklah akaun yang didaftarkan bagi pihak orang lain atau individu di bawah umur 16 tahun.

    “Umur Minimum” bermakna 16 tahun. Walau bagaimanapun, jika undang-undang mensyaratkan bahawa anda mestilah berumur melebihi 16 tahun untuk LinkedIn menyediakan Perkhidmatan yang sah kepada anda tanpa kebenaran ibu bapa (termasuk penggunaan maklumat anda), maka Umur Minimum tersebut adalah umur yang melebihi 16 tahun itu. Ketahui Lebih Lanjut

    2.2 Akaun Anda

    Anda akan merahsiakan kata laluan anda

    Anda tidak akan berkongsi akaun anda dengan orang lain dan akan mematuhi kepada peraturan kami dan dasar.

    Ahli ialah pemegang akaun. Anda bersetuju untuk: (1) melindungi daripada akses yang salah kepada akaun anda (cth., gunakan kata laluan yang kukuh dan merahsiakannya); (2) tidak berkongsi atau memindahkan akaun anda atau mana-mana bahagiannya (cth., menjual atau memindahkan data peribadi orang lain dengan memindahkan sambungan anda); dan (3) patuhi undang-undang, senarai Perkara yang Boleh dan Tidak Boleh kami (di bawah), dan Dasar Komuniti Profesional kami. Ketahui Lebih Lanjut Anda bertanggungjawab ke atas apa-apa yang berlaku menerusi akaun anda melainkan jika anda menutupnya atau melaporkan penyalahgunaan.

    Antara anda dan orang lain (termasuk majikan anda), akaun anda ialah hak milik anda. Walau bagaimanapun, jika Perkhidmatan dibeli oleh pihak lain untuk kegunaan anda (cth. lesen Recruiter atau Langganan LinkedIn Learning dibeli oleh majikan anda), pihak yang membayar Perkhidmatan berkenaan berhak untuk mengawal akses dan mendapatkan laporan tentang kegunaan anda bagi Perkhidmatan berbayar berkenaan; tetapi mereka tidak berhak untuk mengakses akaun peribadi anda.

    2.3 Bayaran

    Anda akan menghormati kewajipan pembayaran anda dan anda bersetuju dengan kami menyimpankan maklumat pembayaran anda. Anda memahami bahawa mungkin terdapat yuran atau cukai yang ditambahkan pada harga kami.

    Bayaran balik adalah tertakluk pada dasar kami dan kami mungkin mengubah suai harga kami secara prospektif.

    Jika anda membeli mana-mana Perkhidmatan berbayar kami, anda bersetuju untuk membayar kami yuran dan cukai berkenaan dan anda bersetuju untuk  terma tambahan yang khusus kepada Perkhidmatan berbayar. Kegagalan untuk membayar yuran ini akan menyebabkan penamatan Perkhidmatan berbayar anda. Anda juga bersetuju bahawa:

    • Pembelian anda mungkin tertakluk pada yuran pertukaran mata wang asing atau perbezaan dari segi harga berdasarkan lokasi (cth: kadar pertukaran wang).
    • Kami boleh menyimpan dan terus mengebilkan kaedah pembayaran anda (cth. kad kredit) walaupun setelah ia tamat tempoh untuk mengelakkan gangguan dalam Perkhidmatan berbayar anda dan menggunakannya untuk membayar Perkhidmatan lain yang boleh anda beli. Anda boleh mengemaskinikan atau menukar kaedah pembayaran anda. Ketahui lebih lanjut
    • Jika anda membeli langganan, kaedah pembayaran anda akan dikenakan caj secara automatik pada permulaan setiap tempoh langganan untuk yuran dan cukai berkenaan bagi tempoh tersebut. Untuk mengelakkan caj akan datang, buat pembatalan sebelum tarikh pembaharuan. Ketahui cara untuk membatalkan atau menggantung Perkhidmatan langganan berbayar anda.
    • Kami mungkin mengubah suai harga kami yang berkuat kuasa secara prospektif selepas notis yang munasabah setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.
    • Semua Perkhidmatan berbayar anda adalah tertakluk pada dasar pengembalian wang LinkedIn.
    • Kami boleh mengira cukai yang perlu anda bayar berdasarkan maklumat bil yang anda berikan kepada kami.

    Anda boleh mendapatkan salinan invois anda menerusi tetapan akaun LinkedIn anda di bawah “Sejarah Pembelian”.

    2.4 Notis dan Mesej

    Anda membenarkan kami memberikan notis dan mesej kepada anda melalui laman web, aplikasi kami dan maklumat hubungan anda. Jika maklumat hubungan anda tidak dikemaskinikan, anda mungkin tidak menerima notis penting.

    Anda bersetuju bahawa kami akan memberi anda notis dan mesej melalui cara-cara berikut: (1) dalam Perkhidmatan atau (2) dihantar kepada maklumat hubungan yang anda beri kami (cth. e-mel, nombor telefon, alamat surat-menyurat). Anda bersetuju untuk mengemaskinikan maklumat hubungan anda.

    Sila semak tetapan anda untuk mengawal dan mengehadkan mesej yang anda terima daripada kami.

    2.5 Perkongsian

    Apabila anda berkongsi maklumat pada Perkhidmatan kami, orang lain akan dapat melihat, menyalin dan menggunakan maklumat berkenaan.

    Perkhidmatan kami membenarkan perkongsian maklumat (termasuk kandungan) dengan pelbagai cara, seperti melalui profil, artikel, paparan kumpulan, pautan ke artikel berita, paparan pekerjaan, mesej dan InMail. Bergantung pada ciri dan pilihan yang anda buat, maklumat yang anda kongsi mungkin dilihat oleh Ahli lain, Pelawat atau orang lain (di dalam atau di luar Perkhidmatan). Berdasarkan tetapan yang kami sediakan, kami akan menghormati pilihan yang anda buat berkenaan orang yang boleh melihat kandungan atau maklumat lain (cth. kandungan mesej kepada penerima anda, berkongsi kandungan kepada kenalan LinkedIn sahaja, menyembunyikan profil anda daripada alat carian atau memilih keluar untuk tidak memaklumkan orang lain tentang kemas kini profil anda). Untuk aktiviti carian pekerjaan, kami tidak akan memaklumkan kenalan anda atau khalayak umum. Oleh itu, jika anda memohon pekerjaan menerusi Perkhidmatan kami atau memilih untuk menyatakan bahawa anda meminati sesuatu pekerjaan, kami hanya akan berkongsi maklumat ini dengan poster pekerjaan.

    Setakat mana undang-undang membenarkan, kami tidak bertanggungjawab untuk menerbitkan sebarang kandungan atau maklumat lain pada Perkhidmatan kami dan boleh mengeluarkannya dengan atau tanpa notis.

  3. 3. Hak dan Had

    3.1. Lesen Anda kepada LinkedIn.

    Anda memiliki semua kandungan asal anda yang anda berikan kepada kami, tetapi anda juga memberi kami lesen bukan eksklusif untuknya.

    Kami akan menghormati pilihan yang anda buat berkenaan orang yang dapat melihat kandungan anda, termasuk cara kandungan tersebut boleh digunakan untuk iklan.

    Antara anda dan LinkedIn, anda memiliki kandungan asal anda yang anda serahkan atau paparkan ke Perkhidmatan. 

    Anda memberi LinkedIn dan ahli gabungan kami lesen bukan eksklusif berikut kepada kandungan dan maklumat lain yang anda berikan (cth., kongsi, paparkan, muat naik dan/atau serahkan) kepada Perkhidmatan kami:

    Hak yang meliputi seluruh dunia boleh dipindah milik dan boleh diberikan sublesen untuk menggunakan, menyalin, mengubah suai, mengedar, melaksanakan dan memaparkan secara terbuka, mengehos dan memproses kandungan anda dan maklumat lain tanpa sebarang kebenaran, notis dan/atau pampasan lanjut kepada anda atau orang lain. Hak-hak ini terhad dengan cara yang berikut:

    1. Anda boleh menamatkan lesen ini bagi kandungan tertentu dengan cara memadamkan kandungan itu daripada Perkhidmatan atau biasanya dengan menutup akaun anda, melainkan (a) jika anda (1) berkongsi kandungan itu dengan orang lain sebagai sebahagian daripada Perkhidmatan dan mereka menyalin, berkongsi semula atau menyimpannya, (2) kami telah memberikan sublesen kepada pihak lain sebelum anda mengeluarkan kandungan atau menutup akaun anda, atau (3) kami dikehendaki oleh undang-undang untuk mengekalkan atau berkongsi dengan pihak lain, dan (b) untuk tempoh masa wajar yang diperlukan untuk menyingkirkannya daripada sistem sandaran dan sistem lain.
    2. Kami tidak akan menyertakan kandungan anda dalam iklan untuk produk dan perkhidmatan pihak ketiga kepada orang lain tanpa kebenaran anda secara berasingan (termasuk kandungan tajaan). Walau bagaimanapun, tanpa pampasan kepada anda atau pihak lain, iklan mungkin dipaparkan di sekitar kandungan dan maklumat anda yang lain, dan tindakan sosial anda mungkin dipaparkan dan disertakan dengan iklan, seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi. Jika anda menggunakan ciri Perkhidmatan, kami mungkin menyebutnya dengan nama atau foto anda untuk mempromosikan ciri tersebut dalam Perkhidmatan kami, tertakluk pada tetapan anda.
    3. Kami akan menghormati pilihan khalayak untuk kandungan yang dikongsi (cth., “Sambungan sahaja”). Contohnya, jika anda memilih untuk berkongsi paparan anda kepada “Sesiapa sahaja di dalam atau di luar LinkedIn” (atau yang serupa): (a) kami mungkin menyediakannya di luar LinkedIn; (b) kami mungkin membolehkan orang lain berkongsi secara terbuka ke perkhidmatan pihak ketiga (cth., Ahli membenamkan paparan anda pada perkhidmatan pihak ketiga); dan/atau (c) kami mungkin membolehkan alat carian untuk menjadikan kandungan awam itu boleh ditemui melalui perkhidmatan mereka. Ketahui Lebih Lanjut
    4. Walaupun kami boleh mengedit dan membuat perubahan format kepada kandungan anda (seperti menterjemah atau menyalinnya, mengubah suai saiz, reka letak atau jenis fail dan mengalih keluar atau menambah label atau metadata), kami akan mengambil langkah untuk mengelakkan pengubahsuaian secara material makna ungkapan anda dalam kandungan yang anda kongsi dengan orang lain. 
    5. Oleh sebab anda pemilik kandungan asal dan kami hanya mempunyai hak bukan eksklusif terhadapnya, anda boleh memilih untuk memaparkannya kepada orang lain, termasuk menurut terma lesen Creative Commons.

    Anda dan LinkedIn bersetuju bahawa jika kandungan merangkumi data peribadi, maka kandungan berkenaan akan tertakluk pada Dasar Privasi kami.

    Anda dan LinkedIn bersetuju bahawa kami boleh mengakses, menyimpan, memproses dan menggunakan sebarang maklumat (termasuk landungan dan/atau data peribadi) yang anda berikan mengikut terma di bawah Dasar Privasi dan pilihan anda (termasuk tetapan).

    Dengan mengemukakan cadangan atau maklum balas lain berkaitan Perkhidmatan kami kepada LinkedIn, anda bersetuju bahawa LinkedIn boleh menggunakan dan berkongsi (tetapi tidak semestinya perlu) maklum balas tersebut bagi apa sahaja tujuan tanpa memberikan apa-apa pampasan kepada anda.

    Anda berjanji untuk hanya memberikan kandungan dan maklumat lain yang anda berhak untuk berkongsi dan anda berjanji bahawa profil LinkedIn anda adalah benar.

    Anda bersetuju untuk hanya memberikan kandungan dan maklumat lain yang tidak melanggar peraturan atau hak orang lain (termasuk hak milik intelektual). Anda mempunyai pilihan tentang jumlah maklumat yang perlu diberikan pada profil anda tetapi juga bersetuju bahawa maklumat profil yang anda berikan adalah benar. LinkedIn mungkin dikehendaki oleh undang-undang untuk mengalih keluar kandungan tertentu dan maklumat lain di negara tertentu.

    3.2 Ketersediaan Perkhidmatan

    Kami mungkin menukar atau mengehadkan ketersediaan beberapa ciri, atau menamatkan sebarang Perkhidmatan.

    Kami boleh menukar, menggantung atau menamatkan mana-mana Perkhidmatan kami. Kami juga mungkin mengehadkan ketersediaan ciri, kandungan dan maklumat lain supaya ia tidak tersedia kepada semua Pelawat atau Ahli (cth., mengikut negara atau melalui akses langganan).

    Kami tidak berjanji untuk menyimpan atau menunjukkan (atau terus menunjukkan) sebarang maklumat (termasuk kandungan) yang telah anda kongsikan. LinkedIn bukan perkhidmatan penyimpanan. Anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab untuk menyimpan, menyelenggarakan atau memberi anda salinan bagi mana-mana kandungan atau maklumat lain yang anda berikan atau diberikan oleh orang lain, melainkan setakat yang diperlukan oleh undang-undang yang berkenaan dan seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi kami.

    3.3 Kandungan, Laman dan Aplikasi Lain

    Penggunaan anda terhadap kandungan dan maklumat orang lain yang dipaparkan di Perkhidmatan kami adalah atas risiko anda.

    Orang lain boleh menawarkan produk dan perkhidmatan milik mereka menerusi Perkhidmatan kami dan kami tidak bertanggungjawab terhadap aktiviti pihak ketiga tersebut.

    Kandungan Orang Lain: Dengan menggunakan Perkhidmatan ini, anda mungkin akan menemui kandungan atau maklumat lain yang mungkin tidak tepat, tidak lengkap, lambat, mengelirukan, menyalahi undang-undang, menyinggung atau berbahaya. Anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab untuk kandungan atau maklumat lain yang disediakan melalui atau dalam Perkhidmatan oleh orang lain, termasuk Ahli. Walaupun kami menggunakan alat automatik untuk menyemak sebahagian besar kandungan dan maklumat lain yang disajikan dalam Perkhidmatan, kami tidak dapat sentiasa mencegah penyalahgunaan Perkhidmatan kami dan anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab atas sebarang penyalahgunaan tersebut. Anda juga mengakui risiko bahawa orang lain mungkin berkongsi maklumat yang tidak tepat atau mengelirukan tentang anda atau organisasi anda, dan anda dan organisasi anda mungkin dikaitkan dengan kandungan tentang orang lain secara tersilap, contohnya apabila kami memaklumkan kenalan dan pengikut bahawa anda atau organisasi anda telah disebut dalam berita. Ahli mempunyai pilihan tentang ciri ini.

    Produk dan Perkhidmatan Orang Lain: LinkedIn mungkin membantu menghubungkan anda dengan Ahli lain (contohnya, Ahli yang menggunakan Marketplace Perkhidmatan atau produk pengambilan pekerja, pekerjaan, jualan, atau pemasaran perusahaan kami) yang menawarkan peluang kepada anda (bagi pihak mereka sendiri, organisasi mereka atau orang lain) seperti tawaran untuk menjadi calon pekerjaan atau kerja lain atau tawaran untuk membeli produk atau perkhidmatan. Anda mengakui bahawa LinkedIn tidak melaksanakan perkhidmatan yang ditawarkan ini, menggaji mereka yang melaksanakan perkhidmatan ini atau menyediakan produk yang ditawarkan ini. 

    Anda selanjutnya mengakui bahawa LinkedIn tidak menyelia, mengarah, mengawal, atau memantau Ahli dalam membuat tawaran ini, atau dalam menyediakan kerja, menghantar produk, atau melaksanakan perkhidmatan kepada anda, dan anda bersetuju bahawa (1) LinkedIn tidak bertanggungjawab ke atas tawaran ini, atau pelaksanaan atau pemerolehannya, (2) LinkedIn tidak menyokong sebarang tawaran Ahli tertentu, dan (3) LinkedIn bukan ejen atau agensi pekerjaan bagi pihak mana-mana Ahli yang menawarkan pekerjaan atau kerja, produk atau perkhidmatan lain. Berkenaan dengan pekerjaan atau kerja lain, LinkedIn tidak membuat keputusan pekerjaan atau pengambilan pekerja bagi pihak Ahli yang menawarkan peluang dan tidak mempunyai kuasa sedemikian daripada Ahli atau organisasi yang menggunakan produk kami. 

    Untuk Marketplace Perkhidmatan, (a) anda mesti berumur sekurang-kurangnya 18 tahun untuk mendapatkan, menawarkan atau melaksanakan perkhidmatan, dan (b) anda menyatakan dan menjamin bahawa anda mempunyai semua lesen yang diperlukan dan akan menyediakan perkhidmatan yang konsisten dengan standard industri yang berkaitan dan Dasar Komuniti Profesional kami. 

    Acara Orang Lain: Begitu juga, LinkedIn mungkin membantu anda mendaftar dan/atau menghadiri acara yang dianjurkan oleh Ahli dan berhubung dengan Ahli lain yang menghadiri acara sedemikian. Anda bersetuju bahawa (1) LinkedIn tidak bertanggungjawab terhadap kelakuan mana-mana Ahli atau hadirin lain di acara sedemikian, (2) LinkedIn tidak menyokong mana-mana acara khusus yang disenaraikan pada Perkhidmatan kami, (3) LinkedIn tidak menyemak dan/atau memeriksa mana-mana acara atau penceramah ini, dan (4) anda akan mematuhi terma dan syarat yang berkaitan dengan acara sedemikian.

    3.4 Had

    Kami berhak mengehadkan cara anda berhubung dan berinteraksi dalam Perkhidmatan kami.

    LinkedIn berhak untuk mengehadkan penggunaan anda bagi Perkhidmatan ini, termasuk bilangan kenalan anda dan keupayaan anda untuk menghubungi Ahli lain. LinkedIn berhak untuk menyekat, menggantung atau menamatkan akaun anda jika anda melanggar Kontrak ini atau undang-undang atau menyalahgunakan Perkhidmatan (cth. melanggar mana-mana Perkara Yang Dibenarkan dan Dilarang atau Dasar Komuniti Profesional).

    Kami juga boleh membuang sebarang kandungan atau maklumat lain yang anda kongsi jika kami percaya ia melanggar Dasar Komuniti Profesional kami atau Perkara Yang Boleh dan Tidak Boleh Dilakukan atau melanggar Kontrak ini dengan cara lain. Ketahui lebih lanjut tentang cara kami menyederhanakan kandungan.

    3.5 Hak Milik Intelektual

    Kami memberi anda notis tentang hak milik intelektual kami.

    LinkedIn memiliki semua hak milik intelektual dalam Perkhidmatan ini. Tanda dagangan dan logo digunakan yang berkaitan dengan Perkhidmatan ini ialah tanda dagangan pemilik masing-masing. LinkedIn dan logo “in” serta tanda dagangan LinkedIn, tanda perkhidmatan, grafik dan logo yang digunakan untuk Perkhidmatan kami ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi LinkedIn.

    3.6 Pengesyoran dan Pemprosesan Automatik

    Kami menggunakan data dan maklumat tentang anda untuk membuat cadangan yang relevan kepada anda dan orang lain.

    Pengesyoran: Kami menggunakan data dan maklumat lain yang anda berikan dan maklumat tentang Ahli dan kandungan pada Perkhidmatan yang kami miliki untuk memberikan cadangan kenalan, kandungan, iklan, dan ciri yang mungkin berguna kepada anda. Kami menggunakan data itu dan maklumat lain untuk mengesyorkan dan membentangkan maklumat kepada anda dalam susunan yang mungkin lebih berkaitan untuk anda. Sebagai contoh, data dan maklumat itu boleh digunakan untuk mengesyorkan pekerjaan kepada anda dan anda kepada perekrut dan untuk menyusun kandungan dalam suapan anda untuk mengoptimumkan pengalaman dan penggunaan Perkhidmatan anda. Memastikan profil anda tepat dan terkini membantu kami membuat cadangan yang lebih tepat dan relevan. Ketahui Lebih Lanjut 

    Ciri AI Generatif: Dengan menggunakan Perkhidmatan, anda boleh berinteraksi dengan ciri yang kami tawarkan yang mengautomasikan penjanaan kandungan untuk anda. Kandungan yang dijana mungkin tidak tepat, tidak lengkap, tertangguh, mengelirukan atau tidak sesuai untuk tujuan anda. Sila semak dan edit kandungan tersebut sebelum berkongsi dengan orang lain. Seperti semua kandungan yang anda kongsi pada Perkhidmatan kami, anda bertanggungjawab untuk memastikan kandungan sedemikian mematuhi Dasar Komuniti Profesional kami termasuk tidak berkongsi maklumat yang mengelirukan.

    Perkhidmatan mungkin termasuk kandungan yang dijana dan dikongsi secara automatik menggunakan alat yang ditawarkan oleh LinkedIn atau orang lain di luar LinkedIn. Seperti semua kandungan dan maklumat lain pada Perkhidmatan kami, tidak kira sama ada ia dilabelkan sebagai dicipta oleh “AI”, pastikan anda menyemak dengan teliti sebelum bergantung padanya.

  4. 4. Penafian dan Had Liabiliti

    4.1 Tiada Jaminan

    Penafian ini ialah penafian kami bagi liabiliti undang-undang untuk kualiti, keselamatan atau kebolehpercayaan Perkhidmatan kami.

    LINKEDIN DAN SEKUTUNYA TIDAK MEMBUAT PERNYATAAN ATAU WARANTI TENTANG PERKHIDMATAN INI, TERMASUK PERNYATAAN BAHAWA PERKHIDMATAN ADALAH TANPA GANGGUAN ATAU TIADA RALAT DAN MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN (TERMASUK KANDUNGAN DAN MAKLUMAT) MENURUT DASAR “SEADANYA” DAN “SEPERTI YANG TERSEDIA”. SETAKAT YANG DIBENARKAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG BERKAITAN, LINKEDIN DAN SEKUTUNYA MENAFIKAN SEBARANG JAMINAN TERSIRAT ATAU BERKANUN, TERMASUK SEBARANG JAMINAN TERSIRAT BAGI HAK MILIK, KETEPATAN DATA, BUKAN PELANGGARAN, KEBOLEHDAGANGAN ATAU KESESUAIAN BAGI SATU TUJUAN TERTENTU.

    4.2 Pengecualian Liabiliti

    Ini ialah had liabiliti undang-undang yang mungkin kami kenakan terhadap anda.

    SETAKAT MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG (DAN MELAINKAN LINKEDIN MEMASUKI PERJANJIAN BERTULIS BERASINGAN YANG MENGGANTIKAN KONTRAK INI), LINKEDIN, TERMASUK SEKUTUNYA, TIDAK AKAN BERKEWAJIPAN BERHUBUNG DENGAN KONTRAK INI ATAS KEHILANGAN KEUNTUNGAN ATAU KEHILANGAN PELUANG PERNIAGAAN, REPUTASI (CTH. PERNYATAAN YANG MENYINGGUNG PERASAAN ATAU FITNAH), KEHILANGAN DATA (CTH. MASA ROSAK ATAU KERUGIAN, PENGGUNAAN ATAU PERUBAHAN PADA MAKLUMAT ATAU KANDUNGAN ANDA) ATAU MANA-MANA KERUGIAN TIDAK LANGSUNG, SAMPINGAN, BERTURUTAN, KHAS ATAU PUNITIF.

    LINKEDIN DAN SEKUTUNYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KEPADA ANDA BERHUBUNG DENGAN KONTRAK INI UNTUK APA-APA JUMLAH YANG MELEBIHI (A) JUMLAH YURAN YANG ANDA BAYAR ATAU PERLU ANDA BAYAR KEPADA LINKEDIN BAGI PERKHIDMATAN BERKENAAN DALAM TEMPOH KONTRAK INI, JIKA ADA, ATAU (B) USD $1000.

    4.3 Asas Tawar-menawar; Pengecualian

    Had liabiliti dalam Seksyen 4 ini ialah sebahagian daripada asas tawar-menawar antara anda dengan LinkedIn dan terpakai kepada semua tuntutan liabiliti (misalnya, jaminan, tort, kecuaian, kontrak dan undang-undang) walaupun LinkedIn dan sekutunya telah dimaklumkan kemungkinan berlakunya kerosakan sedemikian dan walaupun remedi ini gagal memenuhi tujuan asasnya.

    HAD LIABILITI INI TIDAK TERPAKAI KEPADA LIABILITI UNTUK KEMATIAN ATAU KECEDERAAN PERIBADI ATAU UNTUK PENIPUAN, KECUAIAN TERUK ATAU TINGKAH LAKU SENGAJA, ATAU DALAM KES KECUAIAN, DI MANA KEWAJIPAN MATERIAL TELAH DILANGGAR. KEWAJIPAN MATERIAL ADALAH KEWAJIPAN YANG MERUPAKAN PRASYARAT KEPADA PENGHANTARAN PERKHIDMATAN KAMI DAN YANG ANDA BOLEH BERGANTUNG DENGAN MUNASABAH, TETAPI HANYA SETAKAT MANA KEROSAKAN TERSEBUT DISEBABKAN SECARA LANGSUNG OLEH PELANGGARAN DAN BOLEH DIRAMALKAN PADA PENUTUPAN KONTRAK INI SERTA SEJAUH MANA IA ADALAH TIPIKAL DALAM KONTEKS KONTRAK INI.

  5. 5. Penamatan

    Kedua-dua pihak boleh menamatkan Kontrak tetapi sesetengah hak dan kewajipan akan dikekalkan.

    Anda dan LinkedIn boleh menamatkan Kontrak ini pada bila-bila masa dengan pemberian notis kepada pihak yang lain. Di atas penamatan, anda kehilangan hak untuk mengakses atau menggunakan Perkhidmatan ini. Perkara yang berikut kekal bertahan selepas penamatan:

    • Hak kami untuk menggunakan dan mendedahkan maklum balas anda;
    • Bahagian 3 (tertakluk kepada 3.1.1);
    • Bahagian 4, 6, 7 dan 8.2 dalam Kontrak ini; dan
    • Sebarang jumlah yang terhutang oleh salah satu pihak sebelum penamatan adalah kekal terhutang selepas penamatan.

    Anda boleh melayari  Pusat Bantuan kami untuk mengetahui cara untuk menutup akaun anda.

  6. 6. Undang-undang Yang Mengawal dan Penyelesaian Pertikaian

    Sekiranya berlaku pertikaian undang-undang yang tidak dijangka, bergantung pada tempat kediaman anda, anda dan LinkedIn bersetuju untuk menyelesaikannya sama ada di mahkamah California menggunakan undang-undang California, mahkamah Dublin, Ireland menggunakan undang-undang Ireland, atau mengikut cara yang dinyatakan dalam bahagian ini.

    Jika anda tinggal di Negara Yang Ditetapkan, undang-undang Ireland mengawal semua tuntutan yang berkaitan dengan penyediaan Perkhidmatan LinkedIn, tetapi ini tidak akan menghalang anda daripada perlindungan pengguna mandatori di bawah undang-undang negara tempat kami mengarahkan Perkhidmatan anda di mana anda mempunyai kediaman biasa. Berkenaan dengan bidang kuasa, anda dan LinkedIn bersetuju untuk memilih mahkamah negara tempat kami mengarahkan Perkhidmatan anda di mana anda mempunyai kediaman biasa untuk semua pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan Perjanjian Pengguna ini, atau sebagai alternatif, anda boleh memilih mahkamah yang bertanggungjawab di Ireland.

    Jika anda seorang pengguna perniagaan dalam skop Perkara 6(12) Akta Pasaran Digital EU (“DMA”) dan mempunyai pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan Perkara 6(12) DMA, anda juga boleh menggunakan mekanisme penyelesaian pertikaian alternatif yang tersedia di Pusat Bantuan.

    Untuk orang lain di luar Negara Yang Ditetapkan, termasuk mereka yang menetap di luar Amerika Syarikat: Anda dan LinkedIn bersetuju bahawa undang-undang Negeri California, A.S., tidak termasuk konflik undang-undang, akan mentadbir sebarang pertikaian berkenaan Kontrak ini dan/atau Perkhidmatan ini secara eksklusif. Anda dan LinkedIn bersetuju bahawa semua tuntutan dan pertikaian hanya boleh dibuat litigasi di mahkamah persekutuan atau negeri di Santa Clara County, California, USA, dan anda dan LinkedIn kedua-dua bersetuju dengan bidang kuasa peribadi mahkamah tersebut.

  7. 7. Syarat Umum

    Berikut adalah beberapa butiran penting tentang Kontrak ini.

    Sekiranya mahkamah dengan kuasa ke atas Kontrak ini mendapati mana-mana bahagiannya tidak boleh dikuatkuasakan, anda dan kami bersetuju bahawa mahkamah perlu mengubah suai terma untuk menjadikan bahagian itu boleh dikuatkuasakan sementara masih mencapai hasratnya. Jika mahkamah tidak boleh berbuat demikian, anda dan kami bersetuju untuk meminta mahkamah menghapuskan bahagian yang tidak boleh dikuatkuasakan dan masih menguatkuasakan semua bahagian yang lain dalam Kontrak ini.

    Kontrak ini (termasuk syarat tambahan yang akan kami berikan apabila anda terlibat dengan sesuatu ciri Perkhidmatan) adalah satu-satunya perjanjian antara kita berkenaan Perkhidmatan dan ia menggantikan kesemua perjanjian terdahulu untuk Perkhidmatan tersebut.

    Jika kami tidak bertindak untuk menguatkuasakan pelanggaran kepada Kontrak ini, itu tidak bermakna LinkedIn telah mengetepikan hak untuk menguatkuasakan Kontrak ini. Anda tidak boleh menyerahkan atau memindahkan Kontrak ini (atau keahlian anda atau penggunaan Perkhidmatan) kepada sesiapa sahaja tanpa kebenaran kami. Walau bagaimanapun, anda bersetuju bahawa LinkedIn boleh memperuntukkan Kontrak ini kepada sekutunya atau pihak yang membelinya tanpa kebenaran anda. Tiada benefisiari pihak ketiga bagi Kontrak ini.

    Anda bersetuju bahawa satu-satunya cara untuk memberikan kami notis undang-undang adalah di alamat yang diberikan dalam Bahagian 10.

  8. 8. Perkara yang “Dibenarkan” dan “Dilarang” dalam LinkedIn

    LinkedIn merupakan sebuah komuniti profesional. Senarai “Perkara Yang Boleh dan Tidak Boleh Dilakukan” ini bersama dengan Dasar Komuniti Profesional kami mengehadkan perkara yang anda boleh dan tidak boleh lakukan dalam Perkhidmatan kami, melainkan jika dinyatakan secara jelas oleh LinkedIn dalam tulisan yang berasingan (contohnya, melalui perjanjian penyelidikan).

    8.1. Dibenarkan

    Anda bersetuju bahawa anda akan:

    1. Mematuhi semua undang-undang berkaitan, termasuk, tanpa had, undang-undang privasi, undang-undang hak milik intelektual, undang-undang anti-spam, undang-undang kawalan eksport, undang-undang yang mengawal kandungan yang dikongsi, dan undang-undang lain dan keperluan kawal selia;
    2. Memberikan maklumat hubungan dan identiti yang tepat kepada kami dan pastikan ia dikemaskinikan;
    3. Menggunakan nama sebenar anda pada profil anda; dan
    4. Menggunakan Perkhidmatan ini secara profesional.

    8.2. Dilarang

    Anda bersetuju bahawa anda tidakakan:

    1. Membuat identiti palsu di LinkedIn, memberikan kenyataan salah berkenaan identiti anda, membuat profil Ahli untuk sesiapa sahaja selain diri anda (orang yang sebenar) atau menggunakan atau mencuba untuk menggunakan akaun orang lain (seperti berkongsi bukti kelayakan log masuk atau menyalin kuki);
    2. Membangunkan, menyokong atau menggunakan perisian, peranti, skrip, robot atau mana-mana kaedah atau proses lain (seperti perangkak, pemalam pelayar dan tambahan atau mana-mana teknologi lain) untuk mengikis atau menyalin Perkhidmatan, termasuk profil dan data lain daripada Perkhidmatan;
    3. Mengatasi sebarang ciri keselamatan atau memintas atau memintas sebarang kawalan akses atau had penggunaan Perkhidmatan (seperti hasil carian, profil atau video);
    4. Menyalin, menggunakan, memaparkan atau mengedarkan sebarang maklumat (termasuk kandungan) yang diperoleh daripada Perkhidmatan, sama ada secara langsung atau melalui pihak ketiga (seperti alat carian atau pengagregat data atau broker), tanpa kebenaran pemilik kandungan (seperti LinkedIn untuk kandungan yang dimilikinya);
    5. Mendedahkan maklumat yang anda tiada keizinan untuk dedahkan (seperti maklumat sulit orang lain (termasuk majikan anda));
    6. Melanggar hak milik intelektual orang lain, termasuk hak cipta, paten, tanda dagangan, rahsia perdagangan, atau hak proprietari yang lain. Contohnya, jangan salin atau edarkan (melainkan melalui kefungsian perkongsian yang sedia ada) paparan atau kandungan lain milik orang lain tanpa keizinan mereka, yang mungkin diberi oleh mereka dengan memaparkan di bawah lesen Creative Commons;
    7. Melanggar hak milik intelektual atau hak LinkedIn yang lain, termasuk, tanpa had, (i) menyalin atau mengedarkan video pembelajaran kami atau bahan lain atau (ii) menyalin atau mengedarkan teknologi kami, melainkan ia dikeluarkan di bawah lesen sumber terbuka; atau (iii) menggunakan perkataan “LinkedIn” atau logo kami dalam mana-mana nama perniagaan, e-mel atau URL melainkan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Garis Panduan Jenama;
    8. Paparkan (atau sebaliknya kongsi) apa-apa sahaja yang mengandungi virus perisian, cecacing atau apa-apa kod berbahaya yang lain;
    9. Melakukan kejuruteraan berbalik, menyusun semula, menyahpasang, mentafsirkan atau sebaliknya cuba untuk mendapatkan kod sumber bagi Perkhidmatan atau mana-mana teknologi yang bukan merupakan sumber terbuka;
    10. Membayangkan atau menyatakan bahawa anda bergabung dengan atau disahkan oleh LinkedIn tanpa persetujuan nyata daripada kami (cth. memperkenalkan diri anda sebagai jurulatih LinkedIn yang bertauliah);
    11. Menyewa, memajak, menukar, menjual/menjual semula atau menerima keuntungan wang daripada Perkhidmatan atau data atau akses berkaitan, tanpa persetujuan daripada LinkedIn;
    12. Membuat pautan benam ke Perkhidmatan kami bagi sebarang tujuan selain untuk mempromosikan profil anda atau Kumpulan di Perkhidmatan kami, tanpa persetujuan LinkedIn;
    13. Menggunakan bot atau kaedah automatik lain yang tidak dibenarkan untuk mengakses Perkhidmatan, menambah atau memuat turun kenalan, menghantar atau mengubah hala mesej, membuat, mengulas, suka, berkongsi atau berkongsi semula paparan, atau sebaliknya mendorong penglibatan yang tidak sahih;
    14. Terlibat dalam “pembingkaian”, “pencerminan” ataupun meniru penampilan atau fungsi Perkhidmatan;
    15. Menindih atau mengubah suai Perkhidmatan atau penampilannya (seperti dengan memasukkan elemen ke dalam Perkhidmatan atau membuang, menutupi, atau mengaburkan iklan yang termasuk dalam Perkhidmatan);
    16. Mengganggu pengendalian atau meletakkan beban yang tidak munasabah ke atas Perkhidmatan (cth. spam, serangan penafian perkhidmatan, virus, memanipulasi algoritma);
    17. Melanggar Dasar Komuniti Profesional, terma pihak ketiga tertentu jika berkenaan, atau sebarang terma tambahan berkenaan Perkhidmatan tertentu yang disediakan apabila anda mendaftar untuk atau mula menggunakan Perkhidmatan tersebut;
    18. Menggunakan Perkhidmatan kami untuk melakukan apa sahaja yang menyalahi undang-undang, mengelirukan, mendiskriminasi atau menipu; dan/atau
    19. Menyalahgunakan proses pelaporan atau rayuan kami, termasuk dengan menyerahkan laporan, aduan atau rayuan yang duplikasi, penipuan atau tidak berasas.


  9. 9. Aduan Berkenaan Kandungan

    Maklumat hubungan untuk aduan tentang kandungan yang disediakan oleh Ahli kami.

    Kami meminta anda melaporkan kandungan dan maklumat lain yang anda percaya melanggar hak anda (termasuk hak harta intelek), Dasar Komuniti Profesional kami atau sebaliknya melanggar Kontrak atau undang-undang ini. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, kami mungkin membuang atau menyekat akses kepada kandungan, ciri-ciri, perkhidmatan, atau maklumat, termasuk jika kami percaya bahawa ia wajar diperlukan untuk mengelakkan kemudaratan kepada LinkedIn atau pihak lain, melanggar undang-undang atau wajar diperlukan untuk mencegah penyalahgunaan Perkhidmatan kami. Kami berhak untuk mengambil tindakan terhadap pelanggaran serius Kontrak ini, termasuk dengan melaksanakan sekatan akaun untuk pelanggaran ketara.

    Kami menghormati hak harta intelek orang lain. Kami mensyaratkan bahawa maklumat yang dikongsi oleh Ahli kami adalah tepat dan tidak melanggar hak milik intelektual atau hak lain bagi pihak ketiga. Kami menyediakan dasar dan proses untuk aduan mengenai kandungan yang dikongsi, dan/atau tanda dagangan yang digunakan oleh Ahli kami.

  10. 10. Cara Menghubungi Kami

    Maklumat Hubungan kami. Pusat Bantuan kami juga memberikan maklumat tentang Perkhidmatan kami.

    Untuk pertanyaan umum, anda boleh menghubungi kami dalam talian. Untuk notis perundangan atau perkhidmatan proses, anda boleh menghantar surat kepada kami ke alamat ini.